Setulus Kasih Ibu' Contest by Dr. Shikin
Tuesday, July 15, 2014
Assalamualaikum & salam sejahtera.
Klik banner untuk join
Ucapan untuk ibu tersayang...
"Mama...you are my World"
Puisi Untuk Mama
Mama..
Kau adalah wanita yang telah melahirkanku
Merawatku, membesarkanku dan mendidikku
Hingga diriku menjadi dewasa
Mama..
Kau adalah wanita yang selalu siaga tatkala aku dalam buaian
Tatkala kaki-kakiku belum kuat untuk berdiri
Tatkala perutku terasa lapar dan haus
Tatkala kuterbangun di waktu pagi, siang dan malam hari
Mama..
Kau adalah wanita yang penuh perhatian
Bila aku sakit,
Bila aku terjatuh,
Bila aku menangis,
Dan bila aku kesepian
Mama..
Telah kupandang wajahmu diwaktu tidur
Terdapat sinar yang penuh dengan keredhaan
Terdapat sinar yang penuh dengan kesabaran
Terdapat sinar yang penuh dengan kasih dan sayang
Terdapat sinar kelelahan kerana aku
Aku yang selalu menyusahkanmu
Aku yang selalu merampas perhatianmu
Aku yang telah menghabiskan air susumu
Aku yang selalu menyusahkanmu hingga muncul tangismu
Mama..
Engkau menangis kerana aku
Engkau sedih kerana aku
Engkau menderita kerana aku
Engkau kurus kerana aku..(yg ni tak pasti..hehe)
Engkau korbankan segalanya untuk aku
Mama..
Jasamu tiada pernah terbalas
Jasamu tiada pernah terbeli
Jasamu tiada pernah berakhir
Jasamu tiada tara
Jasamu terlukis indah di dalam syurga
Mama..
Hanya doa yang mampu kupersembahkan untukmu
Kerana jasamu tiada pernah terbalas oleh apapun.
P/S: Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku serta kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil.
1 comments
Sila rujuk sini untuk Senarai Pemenang SKIC.
ReplyDelete