KUIH KASWI
Monday, July 14, 2014
Assalamualaikum & salam sejahtera.
Hari ini....
dari dapur Ana...
walaupun penat...misi tetap diteruskan
memasak dengan gigih kuih kesukaan keluarga...
kuih kaswi...awak semua suka??
sejak habis belajar ni, kenalah pulak belajar di dapur...
kalau dulu habis kelas bawa tupperware pergi beli nasi kerabu
sesekali beli nasi ambang sampai ke pagi makannya...
tapi sekarang membiasakan diri rajin-rajin melawat dapur..
okeylah Ana nak tanye korang semua..rajin ke dapur tak?
kalau tak rajin pun..buat-buat rajin yea tak...hehehe
Jom tengok kuih ni macamana rupa dia...
masa ni lampu tak buka..tu yang gelap semacam tu..
Bahan-bahan:
3 cawan tepong gandum
1 1/2 cawan gula merah
1/2 cawan tepong ubi
6 cawan air
2 helai daun pandan
3 sudu kecil air kapur
3 sudu besar kicap manis
Bahan salut:
1/2 biji kelapa parut (putih)
sedikit garam
yang ni masih dalam loyang...panas lagi...
Cara menyediakan:
1. Masak gula merah bersama dengan 3 cawan air & daun pandan sehingga gula larut. Tapiskan & campurkan dengan 3 cawan air lagi.
2. Panaskan periuk kukusan.
3. Campurkan tepung gandum dengan tepung ubi dalam satu bekas dan gaulkan. Tuangkan air gula ke dalam bekas tepung tadi. Masukkan air kapur, kacau rata. Boleh diblend jika bancuhan berketul-ketul.. Masukkan adunan ke dalam loyang saiz 10".
4. Kukus kuih sehingga masak lebih kurang 45 - 55 minit dengan penutup periuk kukusan dibalut dengan tuala bersih. Jika ada air dipermukaan kuih, biarkan saja, nanti dia akan sejat dengan sendiri.
5. Biarkan kuih betul2 sejuk sebelum dipotong dan salut dengan kelapa parut.
0 comments