BEDTIME STORIES

Tuesday, July 08, 2014

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Malam ni mata Ana ni macam susah sikit nak lelap. Pusing sana...pusing sini...Sebelum tidur Ana ada cerita yang nak dikongsikan dengan anda semua. Ana dah lupa dari mana Ana terbaca tapi masih simpan lagi cerita ni. Jom kita baca...

Cerita Pertama - Si Pipit, Enggang Dan Merpati Putih


Si Pipit terbang sendiri mencari kawan. sebenarnya dia dari satu kumpulan, terbang bersama menyanyi riang, tapi dia terlalu suka, terbang kesini, terbang kesana, bersuka ria sepanjang jalan, tapi tetiba dijadi cerita si Pipit sesat tertinggal lah dia, entah di mana dirinya dia, tercari2 mana semua. tinggal sendirilah dia yang tersesat tapi kemudiannya dia bertemu sang Enggang di pertengahan jalan. si Enggang besar sekali, malah nampak gah dan hebat. kata si Pipit, " kamu besar sekali, kamu nampak hebat sekali, malah rasa ku, jika kamu ingin berdamping denganku, maka akan jatuhlah aku bila sekali kau kepakkan sayapmu," jawap si Enggang. " ya. aku besar. dan aku begitu gagah dalam kalangan kita, malah jika nak dibandingkan aku dan kamu, kau hanyalah pipit, yang kecil dan tidak susah nak kujumpa, beza dengan ku, yang gah, hebat ini, hanya jika kau benar mahu bertemu kerabatku, perlu kau mencari di tempat habitat kami, di mana kami tinggal bersama kerabat kami tanpa gangguan. " "wahh. aku benar gembira melihat kamu, melihatmu membuat aku rasa aku jugak seperti kamu, yang hebat dan gagah di pandangan mata semua, aku benar kagum denganmu, tapi aku rasa, aku tidak bisa mengikutmu, aku hanyalah si Pipit kecil yang terpisah dari kalangan ku. " "habis tu wahai Pipit, kemana pergimu selepas ini? sedangkan kamu si kecil yang tidak punya besar kudrat, mana mahu pergimu ? biarlah saja kamu denganku, akan ku temani kamu, melayan kamu sama seperti aku dan kelompokku. " "aku rasa aku perlu berlalu pergi wahai Enggang, aku hanya akan buatkan semua memandangmu dengan pandangan sepi, Pipit tidak seperti Enggang. izinkan saja aku membawa diriku " maka berlalulah si Pipit sekali lagi, perjalanan yang memakan masa tu, buatkan dia lemah tak berdaya, di saat si Pipit keletihan, dan dia berhenti untuk melepaskan penat perjalanannya, muncul pula Si Merpati Putih, Pipit yang keletihan tidak berkata apa, cuma kagum dengan Si Merpati Putih yang hadir dihadapannya. baginya, indah sekali penampilan putih bersih Si Merpati Putih, membawa mesej suci dari warna dan penampilannya, begitu kagum si Pipit lalu bertanya pada Si Merpati Putih. "wahai Si Merpati Putih, dari mana datangmu, aku betul seronok melihat kamu. " "Wahai Pipit, janganlah kamu berkata demikian, aku jugak demikian, berasa gembira melihat kamu dihadapanku. tapi Pipit, dari mana kamu? melihat kamu begini, buat aku tertanya sendiri, mana hadirnya kamu disini, tanpa bersama pipit seisi" "Wahai Si Merpati Putih, aku hanya si Pipit yang sesat mencari jalan, mencuba berjalan, berharap agar bertemu golongan, yang entah di Utara, mungkin di Selatan.yang sendirian tanpa sokongan. " "Pipit, sudikah kamu mengikut aku, bersama aku dan keluarga aku, perjalanan kami, hanya disini, kami tidak ke sana sini, cuma kekal di tempat sendiri," "Wahai Si Merpati Putih, begitu suci dan murninya kamu, adakah dari kelompok golongan kamu, suma begini, putih bersih dan suci sekali seperti pandanganku,? " "Wahai Pipit, aku mengaku, dari kalanganku, semuanya putih2 sepertiku, bukan dari aku, tapi mungkin ini sudah ketentuan dan pilihan ALLAH menjadikan aku demikian rupa, akan tetapi, kau lihat aku seperti ini, bukan ertinya aku tidak seperti kamu, kita masih sama sahaja nak dibandingkan, masih kau dengan sayapmu, aku jugak dengan sayapku, kau bisa terbang, dan aku juga bisa terbang, tiada apa lain dari ku, melainkan keputihan yang dikurniakan ini wahai Pipit. " "aku kagum benar melihat kamu, suci bersih nya kamu dari pandangan mataku, aku benar kagum, tapi aku hanya si Pipit, aku tak mungkin dapat menukar diriku seputih kamu, seputih golongan mu, kita berbeza, aku adalah aku dan kalanganku, dan kamu juga dengan kalanganmu,. " "tidak mengapalah Pipit, mungkin itu beza kita, tapi kamu masih dari keluarga besar aku, kita sespesis, mungkin lain rupa dan cara, tapi masih berkongsi nama, tinggallah dikau dengan aku, bersama kita bersatu padu" "Mungkin tidak Wahai Si Merpati Putih, mungkin aku hanya menyinggah, selepas sahaja penat dan lelah, tiba hari tiba masa, aku pergi meninggalkan diri, hanya aku dalam kelompokmu, mungkin akan membawa kaku, biar aku membawa diriku, tiada lain mencari kaumku, tinggalah kamu bersama kaummu, kaum yang suci murni padaku, sungguh bersyukur di pertemu denganmu, membawa erti baru buatku. " Si Pipit pun meneruskan perjalannannya kali ni. buat kesekian kali, mencari diri mencari identiti, mana pergi kaum sendiri. Akan tetapi, walau lain dicari lain ditemui, dia dapat meraih sesuatu, menemui siapa dia yang sebenar, mengatur cerita, mengenal DIA. ada memang punya isinya, biar lain, biar beza, tapi bukan itu soalnya, dia tekad, bingkas bangun dari lamunan, dia juga bisa menjadi, yang bersih indah, juga si gagah, walau bukan Sesuci Si Merpati Putih, bukan segagah Si Enggang, tapi dialah si Pipit kecil, lain dia dari mereka, namun ada lebihnya dia. mungkin sapa tidak menahu, tapi ALLAH Maha Mengatur. tiap satu apa adanya, punya sebab punya cerita. Wallahualam.


Cerita Kedua - Pungguk, Bulan Dan Pohon Epal


Malam itu seperti malam yang sudah-sudah, pungguk itu bertenggek di sebatang pohon, menunggu turunnya si bulan. Sudah dia katakan pada sang bulan, "Aku tetap akan di sini, walau seribu tahun sekali pun aku disuruh menanti. Selagi aku belum mati, selagi kau tidak memberi kata yang pasti."

rasa2 bulan dengar tak?

tak kot... sebab dia tak penah turun..

ni sambungannya..

Tapi bulan tetap di situ. Tiada kata yang pasti menyuruh si pungguk pergi. Hanya apabila malam tiba, pungguk bercakap dan dia menemani. Pungguk bergelak dan bulan mengiringi. Hari-hari, malahan berbulan-bulan pungguk mengulangi perkara yang sama. Bagi pungguk, segalanya masih begitu kabur, kendur untuk dia simpulkan kesudahannya. Maka kerana itu dia masih tabah menanti cintanya disambut oleh bulan. Sang bulan pula semakin kerap bercerita tentang keindahan yang dipujanya. Tanpa bulan menyedari, dalam senyum si pungguk nyata hatinya menangis. *Bukk!* Sesuatu jatuh. "Ah.. Sebiji epal?" Si pungguk mendongak melihat pohon yang seringkali dia bertenggek itu. Rupa-rupanya ianya pohon epal. Tidak pernah si pungguk sedari yang tempat dia bertenggek, bersandar mencurahkan kesedihan cinta yang tak kunjung tiba itu ialah sepohon epal. "Makanlah epal itu sayang. Kuberi yang paling ranum dan manis isinya untuk kau" Pohon epal bersuara. Si pungguk melihat dalam-dalam ke matanya. Dapat dilihat kasih si pohon epal itu. "Akan tetapi jika kau meragui aku, janganlah kau makan epal itu. Aku akan menanti hingga keraguan itu pudar dari hatimu." Sambung si pohon epal, keikhlasan melantun dari lembut suaranya. Si pungguk menggigit epal yang jatuh ke ribaannya tadi. Manis sekali. Kerana manisnya epal, pungguk telah terlupakan lara di hatinya. Perlahan, nama bulan yang terukir di hatinya beransur-ansur hilang. Masa berlalu dan si pungguk terus setia bertenggek di dahan sepohon epal. Tetapi kali ini bukan kerana menanti si bulan. Kali ini kerana menemani sepohon epal, tempatnya bersandar.


Sumber: Bahan bacaan.

You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook

Cbox

Subscribe