BERSAHUR DENGAN KURMA DAN SUSU

Monday, July 07, 2014

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Dah bersahur belum ni? Kalau belum, cepat-cepat bersahur yea...

Terdapat pelbagai dalil di dalam al-Quran mahupun al-Sunah yang menerangkan persoalan berkaitan sahur terutamanya kelebihan bagi orang yang bersahur. Antaranya sebagaimana yang diriwayatkan oleh Anas r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :

“ Bersahurlah, kerana pada makan sahur itu wujudnya keberkatan. “ (Riwayat Bukhari)




Inilah yang Ana makan sewaktu sahur. Waktu dulu masa kat hostel, kekadang kehabisan stok kurma...hanya minum susu sahaja.
Boleh jea tahan sampai waktu berbuka petang nanti...in shaa Allah.

Berdasarkan hadis, kita digalakkan bersahur dengan tamar. Nabi s.a.w bersabda:

“Sebaik-baik sahur orang mukmin ialah tamar”. (Riwayat Abu Daud, Ibn Hibban dan al-Baihaqi, sanadnya sahih).

Maka dengan ini, kita bukan sahaja digalakkan berbuka puasa dengan tamar, kita juga digalakkan untuk bersahur dengan tamar. Maka, ambillah sekurang-kurangnya sebiji tamar semasa bersahur semoga mendapat pahala tambahan.


You Might Also Like

2 comments

  1. Zumal bersahur makanan berat sikit tapi kurma memang tak pernah tinggal ;)

    ReplyDelete
  2. boleh aje bersahur ngan nasi jika berselera...

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Cbox

Subscribe