NOTA CINTA

Tuesday, July 15, 2014

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Fuhh!! Hari cuti ni kita bercakap soal CINTA.
Apa itu cinta...?
Mengapa ujian cinta itu berat?
Ujian lain tak berat pun...

Sedang mencari hikmah dan akal...
Ini yang Ana jumpa...
Dari pembacaan...

Terlupa siapa penulisnya...
Bagaimanapun tulisan beliau mengagumkan...
Belum pernah baca kata-kata sebaik ini...
Menusuk ke dalam qalbu...
Jom baca...semoga bermanfaat...



"mengapa ujian cinta begitu berat"

Cinta itu, orang gelarkan jatuh, kerana apa? kerana apabila kamu dilamun cinta, maka kamu jatuh hati, tetapi yang kita semua tidak sedar, kita juga jatuh kewarasan, jatuh emosi dan jatuh kebijaksanaan. Hakikat cinta itu buatkan kamu jatuh andai tiada tongkat bergelar IMAN. Beratnya cinta, kerana Allah hanya menghalalkan cinta yang halal ikatannya. Allah sayangkan aku, kamu, kita. tapi apa yang kita lakukan sebaliknya? Menabur janji manis, memberi harapan palsu, dan berbahagia dalam cinta yang aku sendiri tidak tahu penghujungnya, bersatukah? atau terputus di tengah jalan. Kuasanya, Allah yang punya...


"mengapa pula cinta ini dihujani airmata, kejamkah cinta?"


Sayangku, cinta ini tersimpannya pada TIGA sudut jasadmu, iaitu akal, hati dan nafsu. Mana yang lebih banyak kita tempatkan? Cinta yang kita deritai sekarang hanyalah letaknya sedikit di hati dan banyak pada nafsu. Tiada ruang untuk akal berkongsi juga pendapatnya tentang cinta. Sayangku, cinta pada dua tempat itu benar-benar menyakitkanmu. Betul. Sangat sakit, seolah aku juga dapat merasakan kesakitan itu. Warasmu hilang, jasadmu terbang melayang entah kemana. Cinta itu seolah-olah dirasakan tamparan setiap detik, tapi tetap kita tadah, kenapa? Bukankah ia sakit.. sakit yang melaburkan airmatamu untuk tujuan itu. Sakit yang meremukkan hati hingga tiada 'rupa' asalnya lagi. Hingga aku dan kamu hilang identiti, hilang percaya, hilang warasnya... kita hilang segala.

"Tapi... aku perlukan cinta...aku rindu insan yang aku cinta.. tolonglah...."

Aku juga begitu. Aku rindukan insan yang aku cinta, dan setiap saat rindu bertamu dan mengetuk hatiku, diutuskan doa, moga Allah melindunginya dan merahmatinya. Serahkan segala kebimbangan dan kegusaran kita, itu semua kerja Allah. Usah masuk campur. Ya. Benar. aku juga manusia yang perlukan cinta, tapi aku menilai cinta itu dengan hadirnya kasih sayang sahabat-sahabat. Kerana itu, cintailah sahabatmu, maka mereka akan mencintaimu. Cintailah ibu bapamu, mereka cintakanmu sebelum kewujudanmu. Cintailah agamamu, agamamu itu mengheretmu mencintai Pemilik agama itu. Aku faham, ya, aku mengerti. Kamu inginkan jawapan cinta kepada si-dia. Ya, cintailah dia seadanya. Cintailah kekurangannya, cintailah kelebihannya, cintailah dirinya dengan menghormatinya sebagai yang tidak halal buatmu. Cintailah sesiapa sahaja...sayangku, kamu tahu bila erti cinta itu bermakna? Saat hatimu terbuka mendengar lafaz "aku terima nikahnya...." itulah cinta sayangku. Itulah cinta yang mampu memimpinmu ke syurga dunia dan akhirat. Saat itu, genggamlah tangannya, peluklah hatinya, jangan sesekali lepaskan. Kamu tidak mampu hidup tanpa cintanya.

Nota Cinta: Ku taburi bunga mewangi..
di sepanjang perjalan ini..
untuk dikau mengerti..
akan rasa ini..
lahir dari hati..
nan suci.. 



You Might Also Like

2 comments

Like us on Facebook

Cbox

Subscribe