AKTIVITI HARI INI
Saturday, July 12, 2014
Lepas balik dari pasar pagi tadi, mulalah berkira-kira nak masak apa untuk berbuka nanti.
Sebelum ke pasar tadi dah planning nak masak tomyam campur ngan telur bungkus.
Bahan-bahan dia dah beli semua, tinggal lagi nak masak jer petang nanti.
Nak tengok kena tunggu petang nanti yea...
Sementara bosan ni duk tercari-cari apa nak buat. Kemas-kemas tepi katil tu, maka terjumpalah novel yang dibeli bulan lepas. Seingat Ana, novel ni belum lagi sempat dibaca. Last month, pergi JJ (Jaya Jusco) ngan adik. Beli sebuah jer novel, kalau dulu bleh siap beli sampai tiga ke empat buah sekaligus. Aktiviti membaca dah lama ditinggalkan. Dulu membaca novel ni merupakan minat nombor satu Ana.
0 comments