PILIHAN DAN UJIAN

Sunday, July 13, 2014

Assalamualaikum & salam sejahtera.


Apakah kita sudah pun diberi pilihan oleh Allah, sekali atau berkali-kali??
Manusia sentiasa diberi pilihan, itu tandanya kasih sayang Allah pada kita. Bagi Ana, pilihan itu juga ujian.





Berdoalah:

“Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya.”– Hadis riwayat Imam Bukhari

Jawapan Nya  : “Sungguh, aku tidak mengetahui apa yang ada dalam hatimu. Mintalah pada Allah, Dia lebih mengetahui yang terbaik buat dirimu”


Saya hanya manusia biasa, Nafsu, perasaan, syaitan masih kalah dalam berlawan.


Apabila kita berhadapan dengan sesuatu ujian ALLAH S.W.T, sujud mampu mengaktifkan rasa dan fikiran yang pernah kita alami di dalam sujud kita sebelum ini.
Oleh itu, ketika mendirikan solat.. lakukanlah sujud dengan benar dan kita akan merasai betapa nikmatnya sujud kepada ALLAH S.W.t


P/S: Kadang tidak mampu menongkah arus dunia, namun cabaran hidup itu mengajar kita menjadi lebih dewasa.


Kredit gambar.

You Might Also Like

3 comments

Like us on Facebook

Cbox

Subscribe