Tofu Telur Dengan Cendawan Shitake

Monday, October 24, 2016

Assalamualaikum & salam sejahtera.



Sudah dua hari Ana sakit tekak. Dah sakit tu kenalah makan benda yang tak pedas yer tak!... Puaslah mencari benda apa yang nak dimasak. Oh yer, hari ni Ana cuti... So, ada banyak masa nak masak.

Dah belek-belek buku resepi tu ternampak satu resepi ni, sesuai untuk Ana nampaknya. Resepi Tofu Telur.

Nama resepi ini ialah Tofu Telur dengan Cendawan Shitake. Tak tahu asal dari mana resepi ni, janji sedap dah... hehehe.


Resepi Tofu Telur dengan Cendawan Shitake


Bahan-bahan yang digunakan...

1 bungkus Tofu Telur
3 ulas bawang putih diketuk2
3 sudu makan sos tiram
Cendawan Shitake secukupnya
Brokoli secukupnya
Sedikit kicap lemak manis (resepi asal tak masuk ni)
Sedikit tepung jagung (tabur pada tofu)
Sedikit bancuhan tepung jagung (bancuh dengan sedikit air)
1 cawan air (boleh letak lebih)
Sedikit minyak untuk menggoreng

Tofu ni halal yer...

Cendawan Shitake... 

Selain yang telah disebutkan di atas, ada brokoli & sos tiram. Kicap & bawang putih takde dalam gambar. 

Cara Memasak:

Basuh semua sayuran dan potong ikut suka.
Tofu potong nipis2 & tabur dengan tepung jagung. Kemudian goreng dalam minyak panas sehingga garing dan ketepikan.
Tumis bawang putih dalam lebihan minyak tadi hingga kekuningan.
Masukkan karot goreng sebentar. Agak layu baru masukkan cendawan dan tuang air satu cawan. Nak lebih pun boleh yer.
Masukkan sos tiram 3 sudu makan, kicap 1 sudu makan, biar mendidih sekejap.
Masukkan pulak brokoli, kacau jangan masak lama sangat sebab kalau lembik tak sedap tau.
Masukkan bancuhan tepung jagung sedikit2 ikut kepekatan yang korang suka.
Last masukkan tofu goreng tadi, kacau sekejap, tutup api dan bolehlah dihidangkan. Siap....!!

Dah ready untuk makan!



 Selamat Mencuba!! 

You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook

Cbox

Subscribe