ANTARA LELAKI DAN WANITA - SIAPAKAH YANG LEBIH SUKAR DIFAHAMI?
Friday, July 04, 2014
Assalamualaikum & salam sejahtera.
Benarkah sukar memahami sifat lelaki? Dan bagaimana pula dengan sifat wanita, adakah sebaliknya?
Benarkah sukar memahami sifat lelaki? Dan bagaimana pula dengan sifat wanita, adakah sebaliknya?
Berikut adalah apa yang telah Ana baca dan sukar juga membuat perbandingan sebenarnya. Bukan menyebelahi mana-mana pihak tapi anda nilailah sendiri setelah membacanya.
Mungkin lebih tepat lagi kalau dikatakan tiada siapa yang sempurna sifat kejadiannya. Setiap manusia punyai sifat kekurangan dan kekurangan inilah yang perlu diisi oleh pasangannya agar nampak sempurna.
Jom baca....
Pasti ada yang kata begini...kan...
MEMAHAMI SIFAT LELAKI
1. Hidup Lelaki Lebih Mudah
Lelaki lebih mudah cara hidupnya berbanding wanita. Kerana itu, lelaki sukar untuk memahami jika sesuatu perkara itu disampaikan dalam bentuk kiasan ibarat oleh wanita. Wanita suka mengkias ibarat dan berharap lelaki faham, tetapi lelaki lebih suka jika ianya dijelaskan dengan bahasa yang mudah dan jelas, secara berterus-terang. Sekiranya wanita tidak jelas mengenai sesuatu perkara, tanyalah secara terbuka kepada lelaki.
2. Bahasa Lelaki Adalah Berlainan
Lelaki bercakap dengan bahasa yang berlainan. Ini yang menyebabkan lelaki dan wanita sukar berkomunikasi antara satu sama lain. Apa yang dari kata-katanya, jika dia bercakap dengan wanita, adalah berbeza daripada yang dimaksudkannya. Ini bukan bererti dia berbohong. Maka adalah lebih baik bagi wanita untuk memahami lelaki dari apa yang dilakukannya berbanding dari apa yang dikatakannya. Lelaki tidak pandai melahirkan rasa hatinya dalam bentuk kata-kata.
3. Lelaki Suka Membisu
Wanita berkebolehan untuk membincangkan sesuatu subjek yang sensitif dan mendukacitakan sebagai salah satu cara berhadapan dengan realiti, tetapi lelaki masih lebih suka untuk menyembunyikan dan membisu.
4. Lelaki Tidak Kompleks
Jika terdapat semua tanda yang menunjukkan bahawa seseorang lelaki hanya mahu wanita menjaganya, mengemas rumah, menyediakan makanan untuknya dan melakukan jima’ secara kerap dengannya, wanita harus percaya babawa itulah yang lelaki tersebut mahu. Ini bukan bererti lelaki berfikir secara primitif, tetapi lelaki memang sedemikian. Wanita biasa menganggap lelaki sebagai kompleks, tetapi sebenamya kehendak lelaki adalah mudah.
5. Jangan Paksa Lelaki
Bila wanita mendesak lelaki agar mendedahkan perasaannya, mungkin lelaki itu akan mendedahkan sesuatu yang wanita itu tidak suka mendengarnya. Maka adalah lebih baik jangan bertanya dan menyelidik hingga ke akar umbi. Lebih baik bagi wanita membaca bahasa badan lelaki, matanya, atau perubahan mendadak dalam corak perlakuannya. Jika dia pada kebiasaannya suka membaca tetapi tidak melakukannya, mungkin pada ketika itu fikirannya sedang kacau.
6. Lelaki Berahsia Dengan Lelaki Lain
Tidak sebagaimana wanita yang lebih mudah untuk bercakap dengan wanita yang lain mengenai masalah, harapan dan kebimbangan yang amat rahsia dan peribadi, adalah sukar bagi lelaki untuk menjadi mesra secara verbal sedemikian rupa. Untuk melakukannya, lelaki memerlukan kekuatan dan keberanian yang tinggi.
7. Lelaki Pentingkan Kejujuran
Jika lelaki tahu bahawa isterinya suka bercerita pada wanita lain tentang dirinya, besar kemungkinan lelaki itu tidak akan bercerita lagi secara mesra mengenai hal-hal rahsia kepada isterinya. Kejujuran adalah penting bagi lelaki. Dia mahukan isterinya menyimpan rahsia-rahsia rumahtangga.
8. Lelaki Tidak Suka Dikritik
Jangan mengkritik lelaki, melainkan jika anda sedia untuk bertikam lidah dengannya. Lelaki tidak begitu terbuka untuk menerima kritikan. Mengkritik di belakangnya, contohnya kepada saudara atau kawannya, mungkin dapat mengelakkan konfrantasi serta merta tetapi dia akan berasa marah juga apabila perkara tersebut disampaikan kepadanya. Cara yang baik untuk mengkritik lelaki ialah dengan berjenaka dan lembut. Cara lelaki mengkritik adalah berlainan, dan jarang dilakukan oleh lelaki. Bila lelaki mahu mengkritik, masa dan keadaan dipilih dengan teliti. Bila menegur, perbincangan itu ringkas, tidak beremosi, dan tepat. Untuk wanita mengkritik lelaki, elok jika kritikan itu digabungkan dengan sedikit pujian.
9. Lelaki Juga Mahukan Sokongan
Bila lelaki menghadapi masalah dan mengadu pada wanita, wanita harus memberitahu lelaki itu bahawa dia masih diperlukan. Lelaki mahukan keselesaan perasaan, sokongan serta kata-kata “Saya cintakan abang…” dan “Tidak kira apa yang terjadi, saya tetap bersama abang …..”.
10. Lelaki dan Ego
Ramai lelaki menunjukkan egonya di dua masa, pertama di dalam kerja, dan kedua di atas ranjang. Ini biasanya menyebabkan wanita menjadi bosan. Tetapi sebaik-baiknya wanita patut memepertingkatkan ego suaminya. Wanita yang menyemarakkan api cinta akan menikmati kehangatan api cinta itu. Lelaki mahu wanita memberitahu bahawa sumbangannya diiktiraf dan dinilai. Jika anda tidak menyatakannya kepadanya, siapa lagi. Jika anda mempertingkatkan ego lelaki, ia akan membuatkan lelaki merasa senang dan setiap orang di sekelilingnya akan mendapat faedah terutamanya yang dicintainya.
11. Sahabat Yang Paling Baik
Jadilah sahabat yang paling baik kepada suami anda, dan dia akan menjadi sahabat yang paling baik kepada anda.
12. Lelaki Mesra Tanpa Beremosi
Antara perkara yang ada pada lelaki dan wanita ialah kehendak mutlak untuk dikasihi, dan mengasihi sebagai balasan. Intimasi emosional, bersatunya jiwa bukan hanya jasad, adalah cara bagaimana kasih sayang itu lahir. Ianya bukan satu proses saja, tetapi merupakan penglibatan simia dan magis. Setiap manusia bergantung kepada intimasi emosional untuk seimbang dan gembira, paling kurangnya ia diperlukan untuk meneruskan kehidupan. Tempat di mana lelaki berbeza dari wanita ialah pada kebolehan lelaki untuk mesra dari segi seks tanpa kemesraan emosi. Jalinan atau hubungan antara dua perkara ini iaitu kemesraan seks (cinta berahi) dan kemesraan emosi (cinta kasih) tidak penting pada ramai lelaki. Ramai lelaki memberi keutamaan yang rendah kepada kemesraan emosi. Lelaki lambat mencapai kemesraan emosi berbanding wanita. Lelaki lebih cepat mencapai kemesraan seksual. Kemesraan emosi ujud apabila terdapat hubungan yang rapat dan jujur antara suami isteri. Ia mungkin dianggap penting s ebagai hubungan seks yang lebih memuaskan, tapi jika tanpa kemesraan emosi, seks boleh dilakukan juga oleh lelaki. Melakukan seks tanpa kemesraan emosi boleh menyebabkan punca konflik semulajadi antara lelaki dan wanita. Bila keperluan kemesraan emosi wanita tidak dipenuhi samada sebelum atau selepas seksual, kekecewaan akan melanda wanita.
13. Lelaki Suka Menyelerak
Lelaki bersifat suka menyelerakkan barang-barang dan berharap isterinya akan mengemas. Kadangkala lelaki mahukan isterinya bersifat seperti ibunya. Walaupun pada kebanyakan ketika lelaki adalah pembuat yang memulai atau meneruskan sesuatu, ada kalanya mahu dijaga oleh seorang ‘ibu’. Dia menunjukkan kemahuannya itu secara tidak langsung dengan menyelerak.
By Alhaddads
SUKARNYA MEMAHAMI WANITA ( CURAHAN HATI SEORANG SUAMI )
Sukarnya memahami seorang wanita, ternyata bukan mitos semata. Sedangkan lagi sedang ber "mat tahir" memang sudah terasa sukarnya, saya fikir setelah menikah lebih mudah memahami wanita.
Ternyata, semakin sukar!
Berdasarkan hasil pengamatan saya, ternyata justeru hal-hal kecil dari sisi kehidupan seorang wanita yang paling sukar difahami.
Semua orang juga tahu kalau wanita itu suka bershopping. Saya juga sering menemani isteri shopping; boleh juga "mencuci mata"...he..he... Kalau saya ( mungkin hampir semua lelaki juga sama ) selalu straight to the point, niat nak beli kasut, terus ke kedai kasut dan tak sampai tiga puluh minit sudah dapat sepasang kasut di tangan. Lain pula dengan isteri tercinta yang pada mulanya dari rumah niatnya cuma nak beli klip rambut memerlukan waktu lebih dari dua jam! Itupun akhirnya terkadang tak terbeli, malahan di belinya mekap, beg dan mainan untuk si kecil.
Pernah juga saya menemani dia ke pekan hanya untuk membeli sandal dan setelah berpusing dari satu kedai ke satu kedai selama berjam- jam, dengan muka selambaland mengatakan bahawa modelnya tidak ada yang berkenan dihati dan meminta diantar ke tempat lain. Oh my, God! Dari sekian banyaknya kedai yangmenjual beraneka fesyen kasut tak satupun model yang berkenan di hatinya.....iskkkk boringnya rasa dihati, tapi kerana cinta, ya sudah..... akhirnya saya turutkan sahaja (meskipun dalam hati saya rasa semacam jerr...)
Masalah pakaianpun sering bikin pusing kepala. Kalau dia pakai baju baru dan saya buat derk, pasti muncungnya...hermmmmm. Saya dikatakan tak appreciate isteri, dsb, dsb.... Padahal maksud dihati
saya bukan begitu. Dah, bajunya segudang; mana saya hafal yang mana baru yang mana lama.....ha..ha... saya sering jadi ketawa sendirian.
Soal penampilanpun demikian. Kalau saya puji dia cantik; dia tak percaya; rayuan kosong katanya; kalau tak memuji dia mula muncung lagi, katanya dah tak cinta lagi....wah...boleh buat pusing kepala!
Belum lagi seringnya dia mengeluh kegemukan, alias tak vogue. Padahal di mata saya dia sudah kelihatan perfect. Dengan status sudah menjadi ibu, tubuhnya masih lagi ramping. Tapi katanya masih
kurang malah kepingin diet ketat segala..... lha...memangnya mahu jadi papan seterika? Katanya mahu punya penampilan menarik untuk suami, wal hasil saya selaku suami sudah merasa fine-fine saja dan masih
tetap tak vogue.
Yang juga sering jadi permulaan pertengkaran adalah rasa curiga yang kadang buat saya nak tertawa tergolek-golek. Isteri saya itu hobi utamanya menonton telemovie dan wayang gambar. Kadangkala saya
ikut menemani dia menonton, dan kalau saatnya ada adegan suami yang main kayu tiga, dengan tatapan penuh kecurigaan dia cakap camnie: "Papa tak macam tu kan?!"
Huh, kesal rasanya, niat baik ikut temankan menonton; meski saya sebetulnya alergik menonton cerita camtu akhirnya saya juga yang dicurigai.
Bila saya nak gi memancing pun tak kurang juga kecurigaan isteri tersayang itu. Kalau saya melarang dari ikut sama; kerana di luar sana cuaca panas dan kotor - dia monyok dan menuduh saya yang bukan-
bukan, misalnya ada janji ngan awek...
Ya, sudahnya saya ajak juga. Ehwahhh, bila tiba dilubuk pancing mulalah dia kepanasan dan cakap bau busuklah, kena gigit nyamuklah dan baru sebentar saja dah merengek minta pulang.
Kalau saya nak duduk kat kedai kopi sama sahabat lama, maka wajib bagi saya untuk menyerahkan daftar nama. Kalau ada satu saja nama yang tak berkenan di hati, jangan harap dapat permit keluar
rumah..... wah, garangnya mengalahkan ketua kawad saya dulu...he..he....
HP........ juga sering juga jadi masalah. Kalau saat dia telefon ke HP dan kebetulan HP tak aktif, sudah dapat dipastikan mailbox saya akan penuh dengan leterannya. Abis tu, di dalam bilik mesyuarat memang tak boleh "ON" HP aperr... tapi......... saya juga yang salah...... Ha..ha.. lagi-lagi saya jadi ketawa
sendirian.
Begitulah, bagi saya wanita itu ternyata memang sangat sukar difahami, Cinta saja tak cukup untuk memahami mereka, diperlukan pula kesabaran yang tinggi. Adakah perasaan saya ini mewakili para
suami yang lain?
Kredit gambar
Sumber: sembang2melayu.com
4 comments
bagi saya,setiap lelaki berbeza.Setiap wanita juga berbeza.Hanya keserasian untuk memahami dan menerima seadanya yang dapat menyesuaikan mereka.
ReplyDeleteseorang lelaki atau wanita tidak boleh samakan pasangannya dengan orang lain.Melainkan cuba membentuk pasangan agar mengerti apa yang diinginkannya.
ReplyDeleteKerana kita dibesarkan dalam persekitaran (biah) yang berbeza…
Kerana kita lahir dari latar belakang keluarga/jemaah yang berbeza…
Kerana kita mempelajari kehidupan dari kacamata berbeza…
Kerana kita menempuh pengalaman yang berbeza…
Salahkah perbezaan ini?
Jawabnya...inilah keunikan yang Allah s.w.t kurniakan kepada kita iaitu mempunyai sisi kuat dan lemah masing-masing. Perbezaan membentuk keserasian.
Zumal sokong 100% ;)
DeleteSaling melengkapi kekurangan...Alhamdulillah...
ReplyDelete