KUIH BERBUKA & SATU CERITA

Wednesday, July 09, 2014

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Kadang Ana tak sempat nak sertai mana-mana segmen atau Giveaway, bukan sebab malas atau tak berminat. Cuma kena tengok waktu tak busy, syarat dia...lagi-lagi syarat dia yang agak banyak...memang tak sempat. Kalau antara syarat dia yang berkehendak follo Instagram, maaf ler yea...kita tak hado. Tengok aje ler yea. Walau hadiah dia super awesome ke...tapi kelip-kelip jea laa mata cantik ni..hehehe...uishh...perasan tahap tak hengat...hehehe.

Ni pun balik ni, cepat2 singgah pi beli kulit popiah...Ana tak buat kuih banyak-banyak untuk berbuka, satu kuih untuk satu hari. Bukan apa takut membazir kalau tak habis...Sejak berpuasa ni, belum lagi singgah membeli kuih kat bazar Ramadhan. Macam tak minat pulak.


Tu laa...ingat nak buat popiah untuk berbuka karang.
Kalau nak resepi klik DI SINI



Ni Ana goreng siap-siap sedikit sebab nak dibagi pada Atok.



Sebenarnya yang membuatkan Ana berfikir banyak kali bila nak update pasal masakan ni semua adalah berpunca dari keadaan sekarang ni. Ana tahu ada antara kita-kita di luar sana yang tak mampu nak berbuka apa-apa, bersimpati memang laa yea, tapi apa laa daya kita...
Berpuasa ni pun sebenarnya mendidik kita bagaimana rasanya saudara-saudara seIslam kita yang susah kan...

Ana masih ingat akan cerita ni suatu ketika dulu di facebook. Jomm kita baca cerita ni yea...


DIARI SEORANG CIKGU 

KISAH RM0.50 YANG MENYENTUH HATI SAYA .... 

Cikgu : Kenapa Adam tak rehat? 
Adam: Mak saya beri 50sen sehari Cikgu ... kat kantin 50sen ni dapat beli nugget je sekeping, segan la cikgu beratur panjang-panjang dapat beli nugget sekeping jaa . 
Jadi saya kumpul duit hari ni untuk makan hari esok , dapat la saya makan nugget ngan air sirap 50sen.

Saya kat kantin hari Selasa & Khamis je cikgu (Adam tertunduk malu) 
Perasaan saya mula bercampur baur, sedih & sebak. Di zaman 2014 ini masih juga ada pelajar yang membawa 50sen ke sekolah. Ramai di antara kita memandang 50sen itu jumlah yang kecil sedangkan bagi pelajar ini 50sen sangat besar ertinya .. 

Cikgu : Kalau hari jumaat awak tak pergi kantin la ya ? 

Adam : Oh .. hari jumaat duit 50sen ni saya sedekah masa bacaan yasiin , cikgu." jawab Adam dengan bersahaja. 

"Mak saya kata kalau kita sedekah, rezeki kita akan bertambah.." 

Mata saya dah berkaca... saya terkejut & bertambah sebak, dah la duit ada 50sen, siap boleh sedekah pulak lagi.. 

Ya Allah, limpah kan laa rezeki bagi keluarga pelajarku ini. Luaskan la pintu rezeki mereka semuga mereka tidak lagi berada di dalam kemiskinan.

Huh, mcm terpukul sungguh saya, bayangkan duit 50sen yang diberi untuk makan, dia sedekahkan 50sen untuk tabung sekolah setiap Jumaat semasa bacaan yasiin..

# Subahanallah .. Tengok betapa mulianya hati seorang pelajar ni ... mulia dan bijak berbelanja lak tu .
Terharu dan merasa bangga jugak sebab masih kecil lagi tapi mempunyai hati dan minda yang sungguh matang .

Dan di Bulan Ramadhan yang penuh mulia ini , amat eloklah kita banyakkan sedekah. 

Jom kita renung sabda Rasulullah SAW :

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: "Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan."


Pengajaran Hadis:

i) Setiap umat Islam seharusnya berlumba-lumba untuk melakukan kebajikan di bulan Ramadhan tanpa memikirkan sebarang kerugian seperti membanyakkan bersedekah kerana balasan di atas setiap satu kebajikan itu adalah amat besar di sisi Allah di hari akhirat kelak.

ii) Bersedekah bukan hanya memberikan wang, tetapi termasuk di dalamnya mengajak berbuka puasa kepada fakir miskin dan orang-orang yang berpuasa.

iii) Konsep "memberi" (bersedekah) harus diterapkan secara maksimum bukan sahaja selama Ramadhan bahkan di bulan-bulan lain juga kerana selalu bersedekah akan memberikan pengaruh yang baik pada peribadi dan masyarakat umumnya di mana seseorang itu akan dapat menghakis sifat kedekut dalam dirinya di samping mempereratkan lagi ikatan kemesraan di dalam anggota masyarakat tanpa mengira taraf dan kedudukan seseorang itu.

iv) Sedekah yang diterima dan bernilai di sisi Allah adalah sedekah yang ikhlas, bukanlah untuk menunjuk-nunjuk.


Sumber cerita: Facebook


You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook

Cbox

Subscribe