Popia Goreng

Saturday, December 29, 2012

Assalamualaikum & salam sejahtera.


POPIA GORENG





Bahan-Bahannya:


Kulit popia secukupnya

2 biji bawang besar

3 ulas bawang putih

3 biji telur

1 sudu besar udang kering

1 btg Carrot - parut panjang

1 biji kecil sengkuang - parut panjang

1 mangkuk taugeh

sedikit kacang tanah digoreng & ditumbuk

daun bawang

Garam dan gula

minyak untuk menggoreng



Cara2nya:


1. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu dan masukkan udang

kering, tumis hingga kekuningan sedikit.

2. Masukkan carrot dan sengkuang yang dah diparut panjang. Masak dalam 5 minit.

3. Masukkan taugeh, balik2kan sayur bagi sebati dalam 3 minit. Jangan lama sangat

nanti taugeh layu.

4. Masukkan garam dan secubit gula

5. Pecahkan telor dan dikacau rata

6. Bila dah sejuk, gulungkan dan gamkan dengan bancuhan tepung gandum+ air.

7. Akhir sekali digoreng.



Cara membuat sos:


Bahan A:


10 batang cili kering

2 biji bawang besar

3 ulas bawang putih


Bahan B:


3 sudu sos cili

2 sudu sos tiram

1 sudu besar gula merah

4 sudu besar gula pasir

garam secukupnya

1/2 sudu tepung jagung



Cara Membuatnya:


1. Campur Bahan A yang dah diblend dengan bahan-bahan B dalam periuk kecil

2. Masukkan 1/2 cawan air dan kacau sebati

3. Masak 5 minit

4. Masukkan tepung jagung yang dah dicairkan

5. Masak 5 minit dan sejukkan


Selamat  Mencuba.



Disediakan oleh Ana Solehah

You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook

Cbox

Subscribe