Popia Basah
Saturday, December 29, 2012
Assalamualaikum & salam sejahtera.
Popia Basah
Bahan-Bahannya:
Kulit popia secukupnya
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
3 biji telur
1 sudu besar udang kering
1 btg Carrot - parut panjang
1 biji kecil sengkuang - parut panjang
1 mangkuk taugeh
sedikit kacang tanah digoreng & ditumbuk
daun bawang
Garam dan gula
Cara-Caranya:
Tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu dan masukkan udang kering, tumis hingga kekuningan sedikit.
Masukkan carrot dan sengkuang yang dah diparut panjang. Masak dalam 5 minit.
Masukkan taugeh, balik2kan sayur bagi sebati dalam 3 minit. Jangan lama sangat nanti taugeh layu.
Masukkan garam dan secubit gula.
Pecahkan telor dan dikacau rata.
Ambil kulit popia disapu sedikit dengan sos dan dimasukan inti.
Gulungkan dan disapukan sos di atasnya.
Taburkan dengan kacang tanah dan daun bawang.
Cara membuat sos:
Bahan A:
10 batang cili kering
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
Bahan B:
3 sudu sos cili
2 sudu sos tiram
1 sudu besar gula merah
4 sudu besar gula pasir
garam secukupnya
1/2 sudu tepung jagung
Cara Membuatnya:
Campur Bahan A yang dah diblend dengan bahan-bahan B dalam periuk kecil.
Masukkan 1/2 cawan air dan kacau sebati.
Masak 5 minit.
Masukkan tepung jagung yang dah dicairkan.
Masak 5 minit dan sejukkan.
*** Kulit Popia
Disediakan oleh Ana Solehah
0 comments