SUP AYAM
Monday, December 31, 2012
Assalamualaikum & salam sejahtera.
SUP AYAM
Bahan-bahannya:
1/2 ekor ayam sedang dipotong kecil dan dibasuh
4 biji kentang sederhana besar dipotong dua
4 ulas bawang putih diketuk
2 inci halia diketuk
1 sudu makan serbuk lada hitam
2 sudu makan sos tiram
Satu paket sup bunjut
Sedikit minyak untuk menumis
Garam
Daun sup & bawang serta bawang goreng untuk hiasan
Bahan untuk menumis:
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
5 biji buah pelaga
1 biji bawang besar dihiris nipis
Cara-caranya:
Dalam periuk sederhana besar dimasukkan kentang , bawang putih, 2 halia, serbuk lada hitam, sos
tiram dan sup bunjut. Masukkan air 3/4 periuk dan direbus sehingga kentang hampir empuk.
Di dalam kuali berasingan dimasukkan sedikit minyak dan dipanaskan. Tumiskan bahan menumis sehingga garing.
Kemudian tuangkan semua bahan menumis termasuk minyaknya kedalam periuk tadi.
Masukkan ayam dan masak sehingga ayam serta kentang lembut.
Masukkan garam.
Hidangkan bersama bahan hiasan tadi.
Disediakan oleh Ana Solehah.
0 comments