BUBUR JAGUNG, KOPI O & PUISIKU MALAM INI
Thursday, July 03, 2014
Assalamualaikum & salam sejahtera.
Selepas pulang dari solat tarawih, teringat pula bubur jagung yang belum dirasa lagi.
Walaupun masih kenyang tapi rasalah sedikit supaya taklah dikatakan membazir rezeki yang Allah beri.
Sambil makan bubur jagung bersama kopi O, terjumpa pulak puisi yang agak lama dalam simpanan.
Yang pasti puisi ni disalin dari penulis asal yang saya lupa dari mana. Kepada penulis asal, terima kasih kerana puisi ni sungguh menyamai keadaan Ana yang tengah berseorangan ni...huhuhu.
PUISIKU MALAM INI
Dalam ruang sepiku,,

jauh sana ku memandang,,
ku cuba merangkai pasrah dalam masa,,
harungi kehidupan meniti arah,
dalam sunyi jiwa yang sepi,,
terlihat jelas rembulan bersinar,,
tampakkan bias jendela kacaku
temani diri dalam sunyi,,
malam ini semakin larut
hadirkan rasa lelahnya jiwa,,
harungi waktu dalam hari
menelan indah pahitnya arti,,
keluh kesah tak berarti,,
menanti kasih tiada pasti,,
inilah hidup seorang diri
0 comments