SEMBANG PAGI RABU

Wednesday, July 23, 2014

Assalamualaikum & salam sejahtera.



Korang buat apa yea? awalnya...online...hahaha...
Korang nak dengar satu cerita tak? 
Cerita ni Ana terbaca di mana pun Ana dah lupa...
tapi sangat-sangat menarik dan macam serupa pulak...hahaha
tapi mari kita hayatinya yea...ceritanya. Untuk penulis asal...terima kasih untuk sebuah cerita yang benar-benar menarik ni...


Aku selalu merasakan perjalanan hidupku tidak seindah orang lain kerana mereka mempunyai insan tersayang yang sentiasa berada di sisi, mempunyai teman untuk berkongsi segala suka dan duka, mempunyai bahu untuk disandarkan segala kedukaan dan insan itulah yang dipanggil kekasih hati. Tapi selama dua puluh tahun aku hidup, belum pernah sekali aku merasa bagaimana rasanya jatuh cinta.

Aku ingin sekali merasakan nikmatnya berada di dalam hangatnya alam percintaan dan mungkin aku akan dikatakan gila kerana aku juga ingin merasakan betapa sakitnya bila dilukai atau dikecewakan. Aku ingin merasakan semua itu dan pada rakan–rakan kulah aku meluahkan semua itu dan mereka berharap suatu hari nanti aku akan merasakan sakitnya bila dilukai itu sehingga aku tak mampu bukakan hati ku buat insan lain tetapi aku tahu mereka hanya bergurau. Mana mungkin mereka mendoakan ketidak bahagiaan buatku. Bagaimanapun, masih terselit perasaan ingin dilukai itu walaupun sedikit. It’s sound crazy,right?


4 tahun dulu . . .
Aku pernah menerima proposal dari kawan baik lelaki aku, Firdaus(bukan nama sebenar) masa di alam persekolahan lagi untuk dijadikan girlfriend dia. Aku masih ingat lagi, masa itu kami sibuk dengan peperiksaan SPM dan aku tanpa berfikir panjang terus menerima Firdaus sebagai boyfriend walaupun tanpa sekelumit perasaan sayang atau cinta padanya. Iyelah, nama pun pelajar sekolah lagi, apalah yang aku tahu sangat pasal cinta ini. Yang aku tahu tak ade boyfriend nanti dianggap tidak laku dan mungkin itu lah sebabnya aku terima lelaki tersebut.

Aku tahu Firdaus amat sayangkan aku dan rakan–rakan aku juga nampak betapa dalamnya sayangnya padaku. Tapi sayang, aku tak hargai semua itu. Aku dah cuba untuk pupuk perasaan sayang itu tapi tidak boleh. Sebabnya hanya satu he is my bestfriend. Perasaan itu tak boleh berubah dari kawan baik kepada kekasih hati. Disebabkan itu, aku abaikan semua mesej yang dia hantar. Malah aku tak pick up pun call dari dia. Dia pernah tanya sama ada aku ni sayangkan dia atau tak. Hanya satu je jawapan aku,”Of course lah aku sayang, kau kan kawan aku.” Disebabkan dia terasa dengan layanan aku yang dingin yang seolah–olah hanya nak mempermainkan dia, dia mula hilang fokus terhadap SPM dan hasilnya dia mendapat keputusan yang teruk di dalam SPM sedangkan aku mendapat keputusan yang cemerlang dan langsung tidak berpaling padanya semasa mengambil result SPM seolah–olah dia tak pernah wujud. Kejamkan aku ni!

Setahun kemudian . . .
Akhirnya,aku mendapat tawaran kemasukan ke salah satu universiti yang terkemuka sedangkan dia dikhabarkan tidak mendapat sebarang tawaran. Sepanjang aku berada di U, aku tak pernah berhubung dengannya melainkan hanya bila aku bosan. Aku tahu dia terluka dengan perangai aku yang hanya mencarinya bila aku berada di dalam kebosanan dan akhirnya aku kenalkan dia dengan salah seorang rakan ku yang sama–sama belajar, Fauziah (bukan nama sebenar). Fauziah merupakan kawan aku yang paling friendly tak kira lah dia berada di mana sekalipun, Dengan mudahnya dia berkenalan dengan semua orang. Sikapnya itu jauh berbeza dengan sikapku yang dicop sebagai seorang yang sombong. Hakikatnya yang sebenar aku adalah seorang yang pemalu dan pendiam jadi aku tidak berapa pandai nak bergaul dengan orang lain. Tapi sikapku berbeza bila aku bersama dengan mereka yang rapat denganku.

Okay back to story of Firdaus dan Fauziah. Pada mulanya aku ingatkan perkenalan mereka biasa–biasa sahaja tetapi sehingga sekarang mereka masih berhubung lagi dan Fauziah langsung tak bercerita satu apa pun mengenai sejauh mana hubungannya dengan Firdaus sehinggalah hari tu, Firdaus call aku ditengah–tengah pagi dalam pukul satu semata–mata nak tanya pasal Fauziah; sama ada budak itu okay atau tidak untuk dijadikan suri hatinya atau dengan lebih mudah dia ingin serius dalam hubungannya dengan Fauziah. Dia bertanya pada aku adakah aku jealous atau tak. Oh pleassssee, tak kuasa mak, nyah oi. Fauziah pula baru nak buka cerita pasal hubungan dia dengan Firdaus dan menerangkan pada aku sebab sebenar dia tak buka cerita selama ni. Selama ni dia beranggapan yang aku masih sukakan Firdaus dan sebab tu lah dia tak nak aku jealous jadi dirahsiakan semuanya dari pengetahuan aku sedangkan aku tidak mempunyai sebarang perasaan pun dekat mamat tu. Sekarang ni Fauziah berani cerita semua kat aku sebab dia tahu yang aku crush kat orang lain, Amir (bukan nama sebenar) yang lebih mempunyai ciri–ciri lelaki idaman aku.

Aku tak kisah sebenarnya kalau diorang nak couple pun tetapi aku kenal Fauziah tu. Baik buruk dia semua aku tahu. Bukanlah aku nak kutuk kawan aku sendiri tetapi aku tak rasa perasaan Fauziah terhadap Firdaus sama seperti apa yang Firdaus rasakan sebab Fauziah ni hatinya cuma untuk seseorang yang dah lama tinggalkan dia. Dia masih lagi terkenangkan orang tu dan kalau boleh aku tak nak apa yang aku buat kat Firdaus tu berulang lagi. Rasanya dah cukup Firadaus makan hati dengan sikapku dulu dan aku tak nak tambah lagi kelukaan tersebut dengan sikap kawan aku pula. Kekadang aku terfikir kenapa aku perlu risaukan hubungan diorang sedangkan aku berani jamin aku tak de langsung perasaan cemburu tu. Mungkin sebab aku nak tebus perasaan bersalah aku kepada Firdaus dan dia deserve someone yang lagi better daripada aku dan Fauziah. Walau apapun, aku tetap mendoakan yang terbaik buat keduanya.

*Untuk para wanita yang masih single di luar sana, tidak perlulah rendahkan maruah anda semata–mata untuk menarik perhatian lelaki kerana ada seorang insan yang sangat istimewa untuk anda yang dijanjikan Allah. Allah menjaga kita dengan membuatkan kita tidak berapa jadi perhatian lelaki kerana Dia tak nak kita ternoda, jadi teruskan lah menjaga maruah diri kerana maruah diri kita itu sangat mahal harganya. In Shaa Allah, ada kebahagiaan buat kita.





You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook

Cbox

Subscribe