COOKIES PILIHAN ANA - BISKUT CONFLAKES KISMIS
Friday, July 25, 2014
Assalamualaikum & salam sejahtera.
Hari tu beli conflakes 2 kotak...jadi ada tinggal 1 kotak lagi yang belum guna...
so, dengan rajinnya buka resepi dan mulalah membuat biskut seperti di bawah...
Masa nak buat, cari kismis tinggal sikit, so gunakan apa yang ada jer..
separuh dapat macam ni dan separuh lagi tak ada kismis...hahaha
bancuhan ni agak lembik sedikit...tapi usah risau kerana apabila dikeluarkan dari oven,
bila dah sejuk kan,
nanti dia akan keras ngan sendirinya....
Bahan-bahannya:
125gm butter - kalau guna buttercup 1 buku boleh dapat 2 bancuhan
140gm brown sugar - yang halus dalam peket
1 sudu teh esen vanilla
2 biji telur - suhu bilik
275gm tepung naik sendiri
170gm kismis hitam
80gm conflakes - separuh hancur
Cara Membuatnya:
Panaskan oven 180C.
Lapik loyang dengan kertas minyak.
Pukul butter, gula dan esen vanilla.
Masukkan telur one by one.
Masukkan tepung dan kismis.
Bulatkan bancuhan dengan sudu dan
salutkan dengan conflakes hancur tadi.
Jarak-jarakkan antara satu sama lain
kerana biskut ini mengembang.
Bakar selama 25 minit.
Angkat dan sejukkan.
*Pastikan butter dikeluarkan dulu dari freezer
Recipe by Kerrie Sun
0 comments