COOKIES PILIHAN ANA - KACANG MAZOLA

Wednesday, July 23, 2014

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Ini cookies yang wajib ada tiap-tiap tahun jugak. Ada masa sebelum berbuka ni
sempat lagi membuat biskut ni...Lepas siap boleh mula memasak untuk berbuka pula.
Biskut ni tak susah membuatnya, sekiranya tak sempat nak habiskan membakarnya...bolehlah dibungkus dengan plastik dan disimpan dalam peti sejuk, ada masa bolehlah disambung membakarnya lagi...


KACANG MAZOLA

Bahan-bahan:

1/2 kg tepung gandum
1/2 kg gula halus
1/2 kg kacang tanah - goreng tanpa minyak - kisar halus
Minyak mazola secukupnya
1 biji kuning telur - untuk disapu
Kacang tanah untuk hiasan

Cara-cara:

Satukan kesemua bahan dan dikacau rata.
Tuang minyak mazola sedikit-sedikit sambil menggaul adunan tadi hingga menjadi
 doh yang boleh dikepal, kalau kurang boleh tambah lagi.
Ambil adunan dalam 10 gm, bulat-bulatkan seperti guli, tekan sedikit atasnya dan
susun dalam dulang pembakar yg dilenser dengan sedikit butter.
Hias dengan kacang tanah, tekan sedikit lagi dan sapu sedikit kuning telur.
Bakar dalam oven pada suhu 175C, selama 25 minit, bergantung pada oven masing2.
Bila masak, biarkn biskut atas dulang sehingga suam, baru dialihkan atas jaringan.
Biskut agak rapuh masa baru dikeluarkan dari oven.

You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook

Cbox

Subscribe