SUP TULANG & SUP TULANG VERS MAMAK
Friday, July 12, 2013
Assalamualaikum & salam sejahtera.
Menu berbuka hari ni….3 Ramadhan.....
SUP TULANG
BAHAN A
1 Kilo tulang lembu
3 suku periuk air
3 inci halia diketuk
6 ulas bawang putih diketuk
1 biji bawang kuning dipotong gelang
1 sudu makan lada hitam
2 sup bunjut
BAHAN B
5 sudu makan minyak masak
2 biji bawang besar dipotong2
Kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih & buah
pelaga
BAHAN C
3 sudu makan sos tiram
Garam secukupnya
2 biji buah tomato dipotong 4
BAHAN HIASAN
1/2 cawan bawang goreng
1/2 cawan daun sup
1/2 cawan daun bawang
CARA MEMBUAT:
1 ~ Masukkan semua bahan A ke dalam periuk dan rebus sehingga
daging lembut.
2 ~ Tumiskan semua bahan B hingga garing dan satukan dengan
rebusan tulang.
3 ~ Campurkan bahan C. Biarkan selama 20 minit dengan api
yang kecil.
4 ~ Angkat dan hidangkan dengan bahan D.
Pandangan dari pintu bilik....
SUP TULANG VERSI MAMAK
# Semua bahan sama, cuma ditambahkan bahan C kepada I kampit
rempah kurma dan perahan air limau nipis.
# Bagi sesiapa yang ada pressure cooker boleh laa direbus tulang 45 minit saja.
Disediakan oleh Ana Solehah.
0 comments