LALA TUMIS PEDAS
Tuesday, July 23, 2013
Assalamualaikum & salam sejahtera.
Lauk berbuka pulak adalah lala tumis pedas....bagi yang tak suka pedas, bolehlah dikurangkan cili. Agak susah jugak nak dapat lala ni time2 puasa ni....tapi dah jumpa....so beli laa apa lagi kan....Ini lah resepi nye yang diberikan nama oleh Mak saya....
LALA TUMIS PEDAS
Bahan-bahan:
1 kg lala
Sedikit bawang goreng
100gm minyak
4 sudu makan tomato sos
4 sudu besar cili kisar
Bahan Kisar:
5 biji bawang merah ditumbuk
3 ulas bawang putih ditumbuk
1 inci halia ditumbuk
6 tangkai cili merah
20gm belacan dibakar
Sedikit garam & gula
Cara Memasak:
Lala dibersihkan.
Panaskan minyak di dalam kuali kemudian tumis cili kisar dan semua bahan kisar.
Setelah pecah minyak, masukkan cili sos, garam & gula. Kacau rata.
Setelah itu masukkan lala dan dikacau rata.
Apabila lala telah terbuka dan kulitnya kemerah-merahan, bolehlah diangkat.
Taburkan dengan bawang goreng jika suka.
Disediakan oleh Ana Solehah - 23 Julai 2013, 6:54pm.
0 comments