RENDANG PEDAS PERAK
Sunday, July 28, 2013
Assalamualaikum & salam sejahtera.
Hari ni saya masak Rendang Pedas Perak kesukaan keluarga saya. Inilah menu wajib setiap Hari Raya.Dah agak lama jugak tak cuba buat resepi ni…hehehe. Kali ni baru berkesempatan. Setiap kali cuti, inilah resepinya….
RENDANG PEDAS PERAK
Bahan-Bahan:
½ ekor ayam dibersihkan
4 sudu makan kerisik
2 helai daun kunyit (dihiris halus)
I keping gula melaka
1/2 biji kelapa (ambil patinya)
Garam secukup rasa
3 biji bawang besar dihiris
Bahan Kisar:
1 inci halia
5 batang serai
1 inci kunyit hidup
3 inci lengkuas
8 biji cili padi
3 sudu makan cili kisar
Cara Memasak:
Masukkan kesemua bahan kecuali ayam ke dalam kuali. Masak selama 10 minit. Kemudian masukkan ayam. Biarkan kuahnya agak pekat dan perlahankan api. Kepekatan kuahnya ikut kesukaan masing-masing.
*Bagi yang suka pedas bolehlah ditambah cilinya err….
Disediakan oleh Ana Solehah ~ 28 Julai 2013, 2:30pm.
0 comments