IKAN BAKAR

Wednesday, July 24, 2013

Assalamualaikum & salam sejahtera.


RESEPI IKAN BAKAR

Hari ni rasa teramat-amatlah rajin nye memasak...hehehe. Tercari2 menu yang simple... 
Agak-agak ikan bakar ok kot...huhuhu. Jomm kita bakar ikan jomm...


Bahan-Bahan:


Ikan kembung sederhana besar

Garam & kunyit

Sedikit bawang putih

Bawang merah kisar.

Perapkan sekejap dan bolehlah mula membakar....


Kuah Pencicah:


Bahan-bahan ( untuk seekor ikan bakar )

1 biji bawang besar

1 biji bawang merah

4 tangkai cili api

2 biji limau kasturi

5 sudu besar Kicap lemak manis (sesedap rasa)


Cara-cara


Potong empat bawang besar dan bawang merah. Masukkan kedua-dua bawang dan cili api ke dalam lesung batu dan ditumbuk lumat (jangan terlalu hancur). Kaup bahan tadi ke dalam mangkuk.

Perahkan limau kasturi (buang bijinya),campurkan kicap lemak manis dan kacau rata

Sedia dihidang bersama ikan bakar. *Bahan boleh diblender tetapi rasa nanti jadik kurang um! Selamat mencuba....



Disediakan oleh Ana Solehah - 24 Julai 2013, 7:00 pm.

You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook

Cbox

Subscribe