KERANG BAKAR
Monday, July 29, 2013
Assalamualaikum & salam sejahtera.
Hai korang semua!!!… So far bagaimana Ramadan anda….best tak berterawikh? Ada tak yang masuk hospital sebab terlebih makan….wakaka!!! Seriously, memang kalau dapat sekali sekala balik awal camni, boleh gak bercerita serba sedikit….hehehe. Bukan senang taw nak upload gambar2 ni…. Inilah berkat kerajinan bulan puasa ni, semoga dapat gak pahala berkongsi resepi….Tapi kan heaven betul kalau dapat makan ramai2 especially kalau kat kampung dengan sepupu, opah, atuk, makcik & pakcik. Jomm tenguk gambar kerang2 yang dibakar….
Hari ni makan kerang bakar… Menu yang simple tapi sedap….
KERANG BAKAR
2 kilo kerang (dikukus dibakar atau direbus)
#Bakar sehingga masak
Sos Kicap Pencicah:
7 biji cili padi ditumbuk halus
2 ulas bawang merah ditumbuk halus
5 sudu makan kicap
1 sudu makan gula
2 biji limau nipis (ambil jusnya)
* Dicampur kesemua bahan.
Disediakan oleh Ana Solehah ~ 29 Julai 2013, 5:00pm.
0 comments