ROT[ BAKAR KISMIS
Tuesday, July 23, 2013
Assalamualaikum & salam sejahtera.
Kueh kita petang ni adalah roti bakar kismis.... itu pon sebab roti tak ade yang makan....so, daripada membazir baik lah kita buatkan resepi ni. Simple jer resepi ni....roti tu digunting2kan aje yer....kalau tak ade gunting, koyak2kan dengan tangan pon ok....
ROTI BAKAR KISMIS
Gambar diambil dari pintu dapur...tadaa!!!
Bahan-Bahan:
½ buku roti dipotong kecil-kecil
1 gelas santan pekat
1 gelas gula pasir
1 gelas tepung gandum
2 sudu makan susu tepung
1 biji telur
½ cawan kismis untuk hiasan
Sedikit margerin
Loyang pembakar
Cara Memasak:
Kacau telur dan gula sehingga hancur.
Masukkan susu tepung dan tepung gandum.
Masukkan pula santan pekat tadi dan dikacau rata.
Masukkan potongan roti tadi dan biarkan sehingga semua roti itu kembang.
Sapu Loyang pembakar dengan margerin.
Tuang adunan tadi ke dalam Loyang.
Taburkan dengan kismis.
Bakar selama 1 jam pada suhu 180C.
Masa membakar bergantung kepada jenis oven masing-masing.
Disediakan oleh Ana Solehah ~ 23 Julai 2013, 6:55pm.
0 comments