RENDANG PEDAS UDANG
Tuesday, July 23, 2013
Assalamualaikum & salam sejahtera.
Resepi kedua adalah rendang pedas udang...resepi ni simple jer.... so, boleh lah dikurangkan atau ditambahkan ape yang patut seperti bawang, kerisik, cili dan sebagainye ikut kepakaran masing2...
RENDANG PEDAS UDANG
1/2 kg udang sederhana besar - bersihkan, buang janggut
Bahan (blend):
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
50 g cili kering
Cili padi
1/2 inci kunyit hidup
1" halia
1" lengkuas
2 keping asam keping
5 batang serai - hiris halus dan tumbuk
100 g kerisek
1/2 biji kelapa
Garam secukup rasa
3 helai daun kunyit - mayang
Sedikit minyak untuk menumis
1 bawang besar - dipotong bulat - jika suka sebagai hiasan
200gm kacang buncis – dipotong serong
Cara memasak:
Udang digaul garam & kunyit dan digoreng 1/2 masak. Angkat dan toskan.
Panaskan minyak, tumiskan bahan tumbuk hingga naik bau.
Masukkan santan, kerisek, udang dan dikacau rata.
Masukkan kacang buncis tadi dan dikacau rata.
Akhir sekali masukkan bawang besar yang dipotong bulat, daun kunyit serta garam.
Bolehlah dihidangkan.
Disediakan oleh Ana Solehah - 23 Julai 2013, 6:55pm.
0 comments