KERABU PERUT UTARA
Saturday, July 27, 2013
Assalamualaikum & salam sejahtera.
Hari ni kita masak satu resepi dari utara iaitu kerabu perut. Resepi ini asli dari kampungku…
Jomm tenguk apa bahannya…
Jomm tenguk apa bahannya…
KERABU PERUT UTARA
Bahan-Bahan:
½ kilo perut direbus hingga lembut dan dipotong memanjang
2 biji bawang besar dihiris halus
2 helai daun kunyit dihiris halus
2 biji air perahan limau nipis
3 sudu makan kerisik
½ kilo taugeh dicelur
1 mangkuk besar pucuk paku dicelur
1 mangkuk kecil pati santan
Garam secukupnya
Sedikit gula
Bahan Kisar:
5 batang serai
Lengkuas sebesar ibu jari
7 biji cili padi
2 biji cili merah
Belacan sebesar ibu jari
Cara Memasak::
Campurkan semua bahan dan digaul rata.
Sekiranya suka pedas, bolehlah ditambahkan cili lagi.
Disediakan oleh Ana Solehah ~ 27 Julai 2013, 5:36pm.
0 comments