IKAN PERCIK

Sunday, July 28, 2013

Assalamualaikum & salam sejahtera.


Ikan percik memang banyak dijual tapi kalau buat sendiri terasa kepuasannya....Lagipun boleh save budget....hehehe....



IKAN PERCIK


Bahan-bahan:


Ikan kembung @ ikan bawal


Bahan Kisar:

1 biji bawang merah

1 biji bawang putih

Sedikit halia

Garam & kunyit

*Kesemua bahan diperap pada ikan selama 10 minit. Kemudian ikan itu dibakar.


Kuah Percik:

1 biji kelapa - diambil santan 1 mangkuk

1 inci halia

3 biji bawang merah

3 biji bawang putih

Asam jawa sebesar ibu jari - diambil jusnya

Sedikit gula

Garam secukupnya

*Cili kisar ikut kesukaan pedasnya


Kuah itu dimasak dengan api perlahan sehingga pekat.


Cara Memasak:

Apabila ikan separuh masak, taburkan kuah diatasnya. Terus membakar ikan. Buat yang sama pada sebelah bahagian lagi. Bakar sehingga ikan itu masak. Terakhir, angkat ikan dan bolehlah dicurahkan kuah yang lebih tadi ke atas ikan.




*Bagi yang tiada pembakar, bolehlah dibakar guna oven macam saya ni....Tapi pastikan dilapik terlebih dahulu dengan kertas aluminium atau daun pisang.


Selamat mencuba resepi ini yer....

Inilah dia Camerawoman yang bertungkus-lumus mensnap gambar-gambar... hohoho



Disediakan oleh Ana Solehah ~ 28 julai 2013, 3:30pm.

You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook

Cbox

Subscribe