TELUR ITIK MASAK LEMAK CILI PADI
Thursday, July 25, 2013
Assalamualaikum & salam sejahtera.
Menu hari ni...Telur itik masak lemak cili padi dan ayam masak merah....Sori err, hari ni tak sempat nak tulis resepi.... Hahaha...sekarang kita sambung taip resepi yang tak sempat ditaip petang tadi err....Inilah resepinya....
TELUR ITIK MASAK LEMAK CILI PADI
Bahan-Bahan:
5 biji telur itik - bersihkan dulu kulit luarnya
10 biji cili api - tumbuk lumat
1 biji bawang kecil- tumbuk
1 1/2 - 2 cawan santan & sedikit air (jika pekat)
Sedikit serbuk kunyit / kunyit hidup
Daun daun kunyit - jika suka (masukkan jika rasa telur berbau)
Serai - titik
Garam secukup rasa
Cara Memasak:
Masakkan dulu bahan tumbuk bersama santan, garam seta serbuk kunyit dan masaklah sehingga mendidih.
Perlahankan api kemudian masukkan telur satu persatu ke dalam senduk panas yang kita kacau dan rendamkan dalam kuah lemak.
Biarkan seketika sehingga nampak telur tadi keras sedikit barulah dimasukkan telur tadi ke dalam kuah lemak sepenuhnya dan dikacau perlahan.
Biarkan seketika sehingga nampak telur tadi keras sedikit barulah dimasukkan telur tadi ke dalam kuah lemak sepenuhnya dan dikacau perlahan.
Masukkan daun kunyit.
Kuatkan semula api dan hendaklah sentiasa dikacau perlahan.
Disediakan oleh Ana Solehah - 25 Julai 2013, 7:08pm.
0 comments