ASAM REBUS IKAN PATIN
Tuesday, July 30, 2013
Assalamualaikum & salam sejahtera.
Menu Berbuka hari ni ialah asam rebus ikan patin….Jomm kita mula memasak….
ASAM
REBUS IKAN PATIN
1 ekor ikan patin - potong dan bersihkan
dengan perahan limau
Bahan-Bahan:
2 btg serai diketuk
1 ikat daun kesum
1 kuntum bunga kantan-dibelah empat
1/2 mangkuk kecil air asam jawa
5 keping asam keping
4 sudu makan cili kisar
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Sayur bendi
Bahan Kisar:
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm kunyit hidup
1 cm halia
5 biji cili padi
Belacan bakar sebesar ibu jari
Cara Memasak:
1. Masukkan bahan yang dikisar tadi ke
dalam periuk, rebus dengan sedikit air hingga naik bau.
2.Bila sudah naik bau, masukkan air asam jawa dan asam keping. Kacau dan biar
mendidih.
3.Kemudian masukkan daun kesum, bunga kantan, kacau dan masukkan air, masukkan
sayur bendi dan biar hingga mendidih.
4.Masukkan ikan, garam dan gula. Biar hingga ikan masak dan tutup api. Bolehlah
dihidangkan.
Selamat
mencuba...
Disediakan oleh Ana Solehah ~ 30 Julai 2013, 4:30pm.
0 comments