AYAM MASAK MERAH

Thursday, July 25, 2013

Assalamualaikum & salam sejahtera.


AYAM MASAK MERAH


Bahan-Bahan:


1 kg ayam (dibersihkan dan digoreng)

2 biji bawang besar (dipotong bulat)

3 ulas bawang putih dicincang

½ inci halia dicincang

1 batang kulit kayu manis

4 biji bunga cengkih

1 kuntum bunga lawang

½ botol sos cili

10 tangkai cili kering dikisar

Garam dan gula secukup rasa

Sedikit minyak lebihan goreng ayam tadi


Cara Memasak:


Tumiskan bawang merah bawang putih dan halia sehingga naik bau.
 
Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih.
 
Masukkan cili kisar. 

Masak sehingga pecah minyak.
 
Masukkan cili sos, garam dan gula. 

Tambahkan sedikit air.

 Masukkan potongan bawang besar. 

Masak sehingga kuah pekat.
 
Terakhir masukkan ayam gorang tadi. 

Sedia untuk dihidangkan.



Disediakan oleh Ana Solehah ~ 25 Julai 2013, 7:05pm.

You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook

Cbox

Subscribe