AYAM MADU

Tuesday, July 16, 2013

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Menu hari ketujuh puasa….




AYAM MADU


Bahan-bahan A:


½ ekor ayam

I cawan kacang pis

1 biji bawang kuning dipotng gelang

3 sudu makan madu

4 sudu makan sos tomato

Garam

Kunyit

Minyak secukupnya


Bahan-bahan B (Dikisar):


20 tangkai cili kering

1 biji bawang besar

3 ulas bawang putih

1 inci halia


Bahan-bahan C (Bahan Menumis):


1 inci kulit kayu manis

2 kuntum bunga lawang

2 biji buah pelage

3 kuntum bunga cengkih


Cara Membuatnya:


Gaulkan ayam bersama garam dan serbuk kunyit.

Panaskan minyak dan gorengkan ayam hingga masak.

Angkat dan ketepikan.

Tinggalkan minyak lebihan anggaran 1 senduk.

Tumiskan bahan menumis sehingga wangi.

Masukkan bahan yang dikisar dan kacau sehingga pecah minyak.

Masukkan ayam, sos tomato, kacang pis, bawang besar dan madu.

Apabila agak pekat dan pecah minyak, boleh laa diangkat.



Disediakan oleh Ana Solehah.

You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook

Cbox

Subscribe