TELUR BUNGKUS

Sunday, August 04, 2013

Assalamualaikum & salam sejahtera.


Hai... semua!!!


Hari ni saya nak masak telur bungkus. Entahlah....ingat weekend ni nak masak lebih sket, tapi badan agak penat....Dah kemas-kemas rumah sume, tetiba plak hidung ni wat hal....Ni mesti sebab kena habuk, maklumlah sensitif sket...


Esok dah pun start cuti, for sure I’ll be busy....dari start celik mata sampailah ke malam..huhuhu


Today nye resepi kita buat yang cukup simple iaitu telur bungkus ala restoran....Rasa-rasanye jadik tak?? Hahaha....entahlah, kita tenguk camner nnt hasilnya...ok....






TELUR BUNGKUS SPESIAL


Bahan-Bahan ( 2 Orang ):


Daging cincang - anggaran ½ cawan

Sayur campur - ikut suka (saya letak carot & jagung)

1 biji bawang besar kuning - dipotong dadu

1 biji bawang putih - dicincang kasar

2 sudu besar sos cili

2 sudu besar sos tomato

1 biji buah tomato – dipotong dadu

1 sudu besar sos tiram

1 sudu besar kicap

2 biji telur - dipukul sedikit

Garam & gula - secukup rasa

Lada sulah - secukup rasa

Minyak untuk menumis


Cara Memasak:


Perap sebentar daging cincang bersama-sama dengan garam,gula dan lada sulah. Kemudian goreng daging tersebut.

Setelah air daging hampir-hampir kering, masukkan bawang besar & bawang putih. Kacau biar rata.

Bila bawang besar mulai layu, masukkan kesemua sos & kicap. Kacau sampai sebati.

Kemudian masukkan sayur campur. Masukkan carot, jagung dan buah tomato. Kacau biar sebati & apabila sayurnya dah mula layu, bolehlah ditutup apinya.

Dalam kuali lain, panaskan sedikit minyak & tuangkan telur yg dipukul. Ratakan telur di tepi kuali supaya boleh meliputi daging tadi.

Letak daging cincang yang telah dimasak di tengah-tengah kuali. Lipat telur tersebut & letak di piring. Terlangkupkan kuali & telur bungkus sedia untuk dihidangkan.



Selamat mencuba....




Disediakan oleh Ana Solehah ~ 4 Ogos 2013, 5:00 pm.

You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook

Cbox

Subscribe