PAI AYAM LADA HITAM

Tuesday, August 13, 2013

Assalamualaikum & salam sejahtera.



PAI AYAM LADA HITAM


Hari ni kita masak pai plak…..dah lama tak buat….so, kita cuba buat yer….agak2nya jadi tak?? Mesti laa jadi, tenguk laa sape yang buat….hehehe. Apa tunggu lagi….jomm kita….ke dapur!!!






Bahan-Bahan Pastri:


2 cawan tepung gandum

1 sudu kecil garam

5 sudu makan butter ( tidak masin)

1 sudu makan cuka (jika suka)

air ais



Cara Membuatnya:


Gaulkan tepung dengan garam dan masukkan butter dan gaulkan menjadi abuk roti.

Satukan 3 sudu makan air ais dengan cuka dan tuangkan ke dalam adunan tepung dan gaul menjadi doh yang lembut . Jika adunan nampak keras tambahkan air ais sedikit demi sediki dan uli sampai doh jadi lembut.

Seperti biasa balut dalam palstik dan simpan dalam peti sejuk.



~ Saya beli kulit yang dah siap ~

Frozen puff pastry - cap kawan (6 keping)



Bahan-Bahan Inti:


Carrot ( 3cm panjang ) -dipotong kecil-kecil

Batang celery ( 3 cm panjang) -dipotong kecil-kecil

Cendawan dalam tin (1/2 tin) - dihiris kecil-kecil

Bawang besar (2 biji) - dipotong kecil-kecil

Bawang putih (3 ulas) - dipotong kecil-kecil

Butter - 3 sudu besar

Tepung gandum- 2 sudu besar

Garam dan gula - secubit

Serbuk lada hitam - 1 sudu teh

Kuning telur - 1 biji

Dada ayam - 2 keping dan dipotong dadu

Susu segar - 1/4 cawan



Cara Memasak Inti:


1. Tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga naik baunya. Masukkan carrot, celery, mushroom dan daging ayam dan tumis selama 5 minit. Letakkan garam dan serbuk lada hitam dan kacau sebati. Masukkan susu segar dan tepung gandum. Masak sehingga pekat dan dibiarkan sejuk.

2. Ambil sekeping pastri dan dicanai nipis menggunakan rolling pin. Letak di dalam acuan yang dilenser butter.

3. Untuk acuan individu, masukkan 2 sudu besar inti tadi dan tutupkan dengan membuat lipatan.

4. Untuk acuan pai besar, ambil sekeping pastri dicanai nipis dan diletakkan di bahagian bawah. Dibakar sekejap selama 10 minit. Kemudian keluarkan dari oven dan masukkan inti ditengah. Canai sekeping lagi pastri dan diletakkan pula di bahagian atasnya. Tekankan dengan garfu pada bahagian tepi doh.

5. Sapukan kuning telur di atasnya dan bakar dalam oven selama 25 ke 30 minit dengan suhu 190C. 



~ Selamat mencuba ~



Kalau korang nak taw....ini laa dia orang yang bertanggungjawab menjadi juri masakan saya selama ni....tak lain dan tak bukan adalah ayah kesayangan saya....Kalau tak sedap, siap laa kena komen panjang2....hahaha






Seorang yang pro dalam bab komen2 ni tapi sayangnya tak berbakat dalam bidang masakan....hehehe



Disediakan oleh Ana Solehah ~ 13 Ogos 2013, 9:00pm.


You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook

Cbox

Subscribe