PEMILIK CINTAKU

Friday, August 16, 2013

PEMILIK CINTAKU




Bingkisan Qani'ah buat suaminya ini ingin dikongsikan denganmu....


BUAT ADIK-ADIK REMAJA yang baru nak mengenali cinta, ketahuilah bingkisan ini ingin membenihkan sebuah impian padamu agar memelihara kesucian cinta yang kerap teruji di alam remaja, dengarilah pesanku, cintailah Allah, nescaya cinta pasangan soleh turut kau miliki.

BUAT BAKAL-BAKAL PENGANTIN BARU, ketahuilah bingkisan ini ingin memberikan gambaran kepadamu tentang hari-hari awal pernikahan supaya kau lebih bersedia membuat persiapan.

BUAT PENGANTIN BARU, ketahuilah bingkisan ini ingin membuktikan padamu bahawa kebahagiaan itu bermula apabila kau menjaga keberkatan pertunanganmu.

BUAT PARA SUAMI, ketahuilah bingkisan ini menyingkap tip untuk memenangi hati isterimu.

BUAT PARA ISTERI, ketahuilah bingkisan ini akan memotivasikan suamimu untuk lebih kreatif dalam membahagiakanmu dan mencuit kebijaksanaanmu untuk membahagiakannya.

BUAT IBUBAPA, ketahuilah bingkisan ini berguna untuk menyemarakkan cintamu di alam rumah tangga dan berguna untuk anak-anakmu membina paradigma baru agar tak tertipu mengejar cinta sebelum kahwin.


Kalau anda nak tahu, buku ni saya dah beli pada bulan Mac semasa menukar baucer buku. Cuma baru-baru ini jer yang berkesempatan membacanya.
Walaupun buku ni tidak tebal tapi isinya memang bagus untuk panduan remaja masa kini. Harga pulak berbaloi laa Rm12.00 jer....Memang rugi kalau siapa tak baca. Mungkin buku ni dah lama di pasaran tapi saya baru berkesempatan membacanya. Terima kasih kepada penulis buku ni yang berkongsi cerita beliau. Boleh menjadi inspirasi kepada kita semua.

Nak kongsi satu puisi untuk anda semua:


Dear my first LOVE,
Aku terlalu pengecut untuk menatap indahnya cintaMU…
Aku selalu menoleh dan takut bahawa cintaku tak terbalas…
Tapi aku tahu, aku tidak bisa menghindariNYA..
Rasa ini selalu menghantuiku..
Aku sedar, ketika melihat mataMU, tatapanMU yang penuh keteduhan, aku sedar, ENGKAUlah belahan jiwaku…
Tak pernah aku merasakan cinta yang sangat berarti seperti ini… hanya padaMU…
AKU MENCINTAIMU YA ALLAH YA ROBBI….
salam sayangku padaMU
,


Disediakan oleh Ana Solehah 16 Ogos 2013, 2:30pm.



You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook

Cbox

Subscribe