CUCUR JAGUNG

Saturday, August 24, 2013




Menu minum petang waktu cuti. Ini laa dia kueh kesukaan sekeluarga. Dimakan bersama kopi  atau teh panas. Best nyer, kalau tak percaya cuba laa....


CUCUR JAGUNG




Bahan-Bahannya:
5 tongkol jagung yang belum direbus
½ kilo tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
Sedikit kunyit serbuk
Daun sup & daun bawang
Air secukupnya
 Garam secukupnya
 Minyak masak untuk menggoreng
Bahan Kisar:
5 tangkai cili kering
100gm udang kering
2 biji bawang besar

Cara  Memasak:
1. Buang kulit jagung dan asingkan batang jagung dan isinya, masukkan di dalam bekas .  Masukkan bahan kisar,  tepung gandum, baking powder,  garam , kunyit serbuk, daun sup & daun bawang dan air. Kacau sebati.
2. Biarkan dalam 10 minit. Panaskan minyak. Ambil 2 sudu minyak panas dan dicampurkan ke dalam bancuhan tepung tadi dan kacau sebati.  Kemudian baru digoreng kecil-kecil dalam minyak panas hingga keperangan. Sedia untuk dihidangkan panas-panas.  Selamat Mencuba.



Disediakan oleh Ana Solehah ~ 24 Ogos 2013, 8:00pm.

You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook

Cbox

Subscribe