KARI IKAN MERAH

Thursday, August 01, 2013

Assalamualaikum & salam sejahtera.





KARI IKAN MERAH



Bahan-Bahan:


3 keping isi ikan merah (dicuci bersih)

1 mangkuk sedang santan (dari ½ biji kelapa)

Terung atau sayur bendi

2 biji buah tomato (dibelah 4)

2 biji cili hijau (dibelah 2)

1 mangkuk kecil jus asam jawa

Garam secukupnya

Minyak secukupnya

2 paket kecil serbuk kari ikan (dibancuh dengan air)



Bahan Tumis:

4 biji bawang merah

3 ulas bawang putih

1 sudu makan halba campur

Daun kari secukupnya



Cara Memasak:


Panas minyak dalam periuk. Tumis bahan tumis sehingga garing.

Kemudian masukkan rempah kari. Bubuh sedikit air. Masak sehingga rempah pekat dan pecah minyak.

Masukkan santan dan terung. Biar seketika sehingga terung lembut.

Kemudian masukkan ikan, jus asam jawa, buah tomato, cili hijau dan garam.

Biar dia mendidih selama 15 minit.

Setelah itu perlahankan api. Biarkan seketika sehingga ikan masak.

Setelah itu bolehlah diangkat dan hidangkan.



Selamat mencuba….


Disediakan oleh Ana Solehah ~ 1 ogos 2013, 6:30 pm.

You Might Also Like

1 comments

  1. wah sedapnye..blh la di try resepi ni utk berbuka petang nnti
    nice sharing

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Cbox

Subscribe