ASAM PEDAS UNTUK DIA
Friday, August 16, 2013
ASAM PEDAS UNTUK DIA
AKU AININ SOFIYA, hanya seorang pembantu rumah separuh masa. Tugasku bukan setakat mengemas rumah, malah urusan dapur diserahkan kepadaku. Buat pertama kalinya, asam pedasku mendapat pujian.
Dalam diam, aku diintai oleh salah seorang anak majikanku, Ahmad Ziyad. Rupa-rupanya, asam pedasku menjadi kegemarannya. Namun tidak kusangka, dia ingin melamarku, hanya kerana ingin membantuku dari segi kewangan. Aku bukan mata duitan! Aku hanya bekerja di rumahnya dengan hasil usahaku sendiri.
Setelah berfikir panjang, aku menerima lamarannya, tetapi dia meletakkan syarat. Perkahwinan ini harus dirahsiakan daripada pengetahuan keluarga dan teman wanitanya. Aku juga tidak dibenarkan hamil. Malah aku tidak dimaafkan jika perkara itu berlaku.
Sampai bila aku harus berlakon dan menyorok statusku? Jiwaku terseksa menjadi isteri rahsianya walaupun halal di sisi agama. Ziyad seolah-olah tidak memahami perasaanku. Hidupku terseksa dengan permainannya sehingga takdir menentukan aku hamil anaknya!
Setelah dibaca citer novel ni memang kelas laa.... best nyer cam makan nasi berlaukkan asam pedas....hahaha, kalau tak percaye, korang kena beli dan baca sendiri ok....Bagi saya apa2 bahan bacaan terutama novel2 karya penulis kita memang the best!!!. Memang mengisi masa saya yang terluang.... thumbs up untuk novelis2 kita ehhmmm....Sebenarnya teringin gak nak jadi sebahagian dari dorang....In shaa Allah jika diizinkan Allah....
Kahkahkah!!!....ada gak nama restoran camni kan...mesti best in the world asam pedas dia kan!!!
Tapi kan, kat mana lokasi nya errrkk restoran ni??? Sape agak2 nya yang taw yer....
Disediakan oleh Ana Solehah pada 16 Ogos 2013, 10:00am.
Disediakan oleh Ana Solehah pada 16 Ogos 2013, 10:00am.
0 comments