TANGISAN NABI MUHAMMAD SAW MENGGETARKAN ARASY
Monday, August 26, 2013
Tanggisan Nabi Muhammad saw menggetarkan Arasy
“Dikisahkan,
bahawasanya di waktu Rasulullah s.a.w. sedang asyik bertawaf di Ka ’bah, beliau
mendengar seseorang di hadapannya bertawaf, sambil berzikir: “Ya Karim! Ya
Karim!” Rasulullah s.a.w. menirunya membaca “Ya Karim! Ya Karim!” Orang itu
lalu berhenti di salah satu sudut Ka ’bah, dan berzikir lagi: “ Ya Karim! Ya
Karim!” Rasulullah s.a.w. yang berada di belakangnya mengikut zikirnya “Ya
Karim! Ya Karim!”
Merasa seperti diolok-olokkan, orang itu menoleh ke belakang dan terlihat olehnya seorang laki-laki yang gagah, lagi tampan yang belum pernah dikenalinya. Orang itu lalu berkata: “Wahai orang tampan! Apakah engkau memang sengaja memperolok-olokkanku, kerana aku ini adalah orang Arab badwi? Kalaulah bukan kerana ketampananmu dan kegagahanmu, pasti engkau akan aku laporkan kepada kekasihku, Muhammad Rasulullah. ”
Merasa seperti diolok-olokkan, orang itu menoleh ke belakang dan terlihat olehnya seorang laki-laki yang gagah, lagi tampan yang belum pernah dikenalinya. Orang itu lalu berkata: “Wahai orang tampan! Apakah engkau memang sengaja memperolok-olokkanku, kerana aku ini adalah orang Arab badwi? Kalaulah bukan kerana ketampananmu dan kegagahanmu, pasti engkau akan aku laporkan kepada kekasihku, Muhammad Rasulullah. ”
Mendengar kata-kata orang badwi itu, Rasulullah s.a.w.
tersenyum, lalu bertanya: “Tidakkah engkau mengenali Nabimu, wahai orang Arab
?” “Belum,”jawab orang itu. “Jadi bagaimana kau beriman kepadanya ?” “Saya
percaya dengan mantap atas kenabiannya, sekalipun saya belum pernah melihatnya,
dan membenarkan perutusannya, sekalipun saya belum pernah bertemu dengannya, ”
kata orang Arab badwi itu pula.
Rasulullah s.a.w. pun berkata kepadanya: “Wahai orang Arab!
Ketahuilah aku inilah Nabimu di dunia dan penolongmu nanti di akhirat !”
Melihat Nabi dihadapannya, dia tercengang, seperti tidak percaya kepada
dirinya. “Tuan ini Nabi Muhammad?!” “Ya” jawab Nabi s.a.w. Dia segera tunduk
untuk mencium kedua kaki Rasulullah s.a.w. Melihat hal itu, Rasulullah
s.a.w.menarik tubuh orang Arab itu, seraya berkata kepadanya: “Wahai orang
Arab! janganlah berbuat serupa itu. Perbuatan serupa itu biasanya dilakukan
oleh hamba sahaya kepada tuannya, Ketahuilah, Allah mengutusku bukan untuk
menjadi seorang yang takabbur yang meminta dihormati, atau diagungkan, tetapi
demi membawa berita gembira bagi orang yang beriman, dan membawa berita
menakutkan bagi yang mengingkarinya.”
Ketika itulah, Malaikat Jibril a.s. turun membawa berita
dari langit dia berkata: “Ya Muhammad! Tuhan As-Salam mengucapkan salam
kepadamu dan bersabda:
“ Katakanlah kepada orang Arab itu, agar dia tidak terpesona
dengan belas kasih Allah. Ketahuilah bahawa Allah akan menghisabnya di hari
Mahsyar nanti, akan menimbang semua amalannya, baik yang kecil mahupun yang
besar !” Setelah menyampaikan berita itu, Jibril kemudian pergi.
Maka orang Arab itu pula berkata:
“ Demi keagungan serta kemuliaan Tuhan, jika Tuhan akan membuat
perhitungan atas amalan hamba, maka hamba pun akan membuat perhitungan
dengannya !”kata orang Arab badwi itu. “Apakah yang akan engkau perhitungkan
dengan Tuhan ?” Rasulullah bertanya kepadanya. ‘Jika Tuhan akan memperhitungkan
dosa – dosa hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa kebesaran
maghfirahnya, ’ jawab orang itu. ‘ Jika Dia memperhitungkan kemaksiatan hamba,
maka hamba akan memperhitungkan betapa keluasan pengampunanNya. Jika Dia
memperhitungkan kekikiran hamba, maka hamba akan memperhitungkan pula betapa
kedermawananNya! ’
Mendengar ucapan orang Arab badwi itu, maka Rasulullah
s.a.w. pun menangis mengingatkan betapa benarnya kata-kata orang Arab badwi
itu, air mata beliau meleleh membasahi Janggutnya. Lantaran itu Malaikat Jibril
turun lagi seraya berkata: “ Ya Muhammad! Tuhan As-Salam menyampaikan salam
kepadamu, dan bersabda:
“Berhentilah engkau dari menangis! Sesungguhnya kerana
tangismu, penjaga Arasy lupa dari bacaan tasbih dan tahmidnya, sehingga la
bergoncang. Katakan kepada temanmu itu, bahawa Allah tidak akan menghisab
dirinya,juga tidak akan memperhitungkan kemaksiatannya. Allah sudah mengampuni
semua kesalahannya dan la akan menjadi temanmu di syurga nanti !”
Betapa sukanya orang Arab badwi itu, apabila mendengar
berita tersebut. la lalu menangis kerana tidak berdaya menahan keharuan
dirinya.
Sumber Sirah Nabawiy
0 comments