KHUSYUK DALAM SOLAT
Wednesday, August 21, 2013
Khusyuk Dalam Solat….
1. Sentiasa menghadirkan hati meyakini kebesaran dan
kekuasaan Allah.
2. Menghadirkan hati mengakui tentang kelemahan kita
sebagai hamba Allah yang sentiasa memerlukan pertolongan Allah.
3. Menghadirkan hati mengakui segala kemewahan dunia
dan kesenangan adalah sementara.
4. Tidak tergesa-gesa dalam menunaikan solat kerana
tergesa-gesa boleh membawa kepada luputnya beberapa perkara penting untuk
khusyuk.
5. Hendaklah menunaikan solat pada awal waktu dan
secara berjemaah.
6. Pakaian yang digunakan dalam solat hendaklah bersih
daripada najis. Begitu juga dengan sejadah. Ia hendaklah bersih dan tidak
mempunyai gambar-gambar yang boleh melalaikan solat.
7. Dalam suasana yang aman tanpa suara bising daripada
kanak-kanak mahupun menerusi televisyen atau radio.
8. Imam hendaklah seorang yang elok bacaannya kerana
bacaan yang elok membantu menghadirkan hati. Imam itu pula tidak dibenci oleh
ahli jemaah.
9. Bersihkan fikiran daripada masalah hidup dan
tumpukan sepenuh perhatian kepada Allah.
10. Membuang air kecil dan air besar terlebih dahulu
jika berasa perlu berbuat demikian. ini kerana orang yang solat dalam keadaan
menahan buang air kecil dan buang air besar tidak akan memperoleh kekhusyukan.
11. Tidak berada dalam keadaan lapar atau terlalu
kenyang kerana orang yang lapar hanya memikirkan untuk makan. Begitu juga
dengan orang yang terlalu kenyang berada dalam keadaan tidak selesa dalam
setiap pergerakannya.
12. Kesihatan tubuh badan hendaklah dijaga. Badan yang
sakit sukar mendatangkan rasa khusyuk dalam solat.
13. Hati hendaklah hadir dalam solat, bukannya melayang
tak tentu arah.
14. Memahami makna bacaan dalam solat.
Seringkali kita terbaca rahsia-rahsia kusyuk bersolat, yang
mana di antaranya memahami bacaan dalam solat dan menghayatinya, menunjukkan
sikap tunduk dan merendah diri, menjaga makan minum, membanyakkan sedekah,
jangan menahan qada hajat, menyempurnakan wudhu, membaca doa ketika berwudhu,
memakai pakaian bersih dan haruman, solat diawal waktu, tiada objek dihadapan tempat
solat, mengingati mati, menyemai rasa takut dan redah diri, memulakan dengan
membaca surah an-Nas, selawat ke atas nabi , istighfar dan bacaan menjauhi
gangguan syaitan, dan… dan… dan… satu senarai yang tidak kehabisan.
Namun itu, kenapa ramai yang telah melakukan kesemua kaedah
di atas tetapi masih juga tidak mendapat kekusyukan dalam bersolat? Kenapa?
Ayat
45 di dalam Surah Al-Baqarah:
Maksudnya:
…dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang
khusyuk; Al-Baqarah: 45
Persoalan utama daripada ayat di atas ialah “kusyuk”. Solat
menjadi sangat berat kepada mereka yang tidak kusyuk, dan menjadi sangat mudah
bagi yang kusyuk. Mereka ini dapat merasakan kemanisan bersolat.
Kini mari kita mulakan pemahaman dengan cuba mempersoalkan
kepada diri anda kenapakah bersolat? Apakah perspektif atau “niat” anda
ketika memulakan solat?
Pasti ramai menjawab saya bersolat “kerana Allah SWT”. Saya
bersolat kerana ianya adalah “perintah Allah SWT”. Saya bersolat kerana hendak
“melaksanakan kewajipan“. Dalam kata lain, saya laksanakan sesuatu yang
membebankan kerana bebanan yang lainnya.
Oleh itu saya berpendapat “niat beribadah” di atas adalah tidak
tepat. Oleh kerana “niat beribadah” menjadi tidak tepat, maka solat itu menjadi
sangatlah berat dan tiada kekusyukan di dalam bersolat. Ini kerana anda
melakukan solat kerana hendak melaksanakan perintah/kewajipan. Ini ditambah
pula dengan bebanan daripada melakukan kaedah-kaedah disarankan (persoalan
mekanisma). Hasil akhir ialah anda akan merasakan solat menjadi lebih
membebankan dan sangat berat. Anda akan sentiasa tidak menemui kekusyukan dalam
bersolat. Fikiran anda melayang-layang bagi mengurangkan bebanan yang sedang
anda rasakan.
Bagi mendapatkan jawapannya, anda perlu membaca dan
memahami Al-Quran serta bertanya kepada diri anda kenapakah Allah SWT
memerintahkan anda melakukan ini dan itu? Anda kemudiannya perlu membuat
kesimpulan atau initipati utama daripada perintah-perintah Allah SWT.
Apakah kesimpulan dari segala perintah Allah SWT? Apakah intipati utama
perintah Allah SWT?
Jawapannya ialah anda perlu melakukan solat sebagai
tanda “bersyukur” kepada Allah SWT. Jawapannya ialah sebagai tanda anda “berterima
kasih” kepada Allah SWT. Jawapannya ialah sebagai tanda anda “memuji-muji”
Allah SWT”. Inilah intipati utamaperintah bersolat, iaitu bersyukur dan
memuji Allah SWT. Ianya berulang-ulang kali dinyatakan di dalam Al-Quran tetapi
ramai juga yang masih tidak memahami intipati sebenar perintah-perintah Allah
SWT dan melakukannya secara membuta-tuli.
Sekarang ini, cuba anda ubah perspektif (niat) anda
apabila mula mengambil wudhu dan bersolat (atau dalam apa-apa ibadah). Cuba
anda ubah perspektif anda daripada melakukan solat “kerana hendak melaksanakan
kewajipan” kepada “kerana hendak bersyukur (berterima kasih) kepada Allah SWT”
dan bagi segala nikmat yang diperolehi antara jarak setiap solat. Cuba
anda bayangkan sendiri bagaimanakah rupanya solat yang berupaya membuktikan
anda “bersyukur (berterima kasih) kepada Allah SWT”? Apakah nikmat yang akan
anda ingatkan kembali semasa solat anda bagi membuktikan solat “kerana anda
hendak bersyukur (berterima kasih) kepada Allah SWT”?
Saya sepenuhnya percaya anda akan merasakan kemanisan dan
kekusyukan bersolat jika anda mengubah perspektif (niat) solat anda daripada “kerana
hendak melaksanakan kewajipan” kepada “kerana hendak bersyukur (berterima
kasih) kepada Allah SWT”. Anda akanmengingati kembali segala nikmat yang
diperolehi antara jarak setiap solat dan menjadi lebih gembira serta
berfikiran positif. Anda akan merasakan ibadah yang anda lakukan sentiasa tidak
mencukupi untuk membuktikan perasaan syukur anda kepada Allah SWT. Anda akan
merasa dahagakan bersolat dan tiada bebanan dalam bersolat. Anda juga secara
langsung akan melakukan kesemua kaedah-kaedah (mekanisma) solat kerana hendak
membuktikan solat yang berupaya menunjukkan kesyukuran anda kepada Allah SWT
(iaitu menuju kepada solat yang mencegah keji dan munkar).
Kini apakah kesan daripada tindakan memperbetulkan
perspektif atau niat anda? Kesannya ialah anda menjadi lebih gembira dan
berfikiran positif kerana anda mengenang setiap nikmat yang telah dikurniakan
kepada anda. Anda mengenangkan apa yang anda perolehi daripada kehidupan, dan
bukan kekurangan diri anda. Keluarga, teman dan rakan sekerja atau majikan anda
menjadi lebih gembira bersama anda kerana anda seorang yang bersyukur dan
menghargai mereka. Anda akan menjaga kesihatan anda kerana bersyukur dengan
nikmat tubuh dan anggota badan yang dikurniakan Allah SWT. Anda akan
menggunakan rezeki anda dengan lebih baik dan tidak membazir kerana anda
seorang yang bersyukur. Anda akan menjauhi segala dosa dan kemungkaran kerana
mensyukuri kehidupan anda dan melindunginya daripada kerosakan.
Kesemuanya akan membuatkan anda lebih gembira dan membentuk
energi tubuh yang mengeluarkan getaran energi positif serta menarik
energi-energi positif lain ke dalam kehidupan anda. Urusan pekerjaan anda
menjadi mudah, rezeki anda semakin bertambah, kehidupan diri dan keluarga menjadi
lebih gembira dan sebagainya. Semuanya kerana anda bersyukur kepada Allah SWT
dan inilah intipati utama daripada segala perintah-perintah Allah SWT.
Iaitu agar hambaNya bersyukur ke atas segala nikmat-nikmat yang telah
dikurniakan oleh Allah SWT kepada anda.
Jangan tunggu lagi , segera perbaiki solat anda jika tidak
ingin terkena tudingan seperti yang disebutkan dalam surat Al Maun ayat 4-5 :
4- Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang solat, 5-
(iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya.....
Atau jangan sampai anda disamakan dengan orang mabuk seperti
disebutkan Allah dalam surat An Nisa ayat 43 :
43- Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu solat,
sedang kamu dalam keadaan mabuk, sehingga kamu mengerti apa yang kamu
ucapkan…..
Selamat mencuba! Wassalam.
Sumber Bersama ~ Blog Pembangunan Ummah & Info Islamik
0 comments