KAABAH AKAN RUNTUH?

Tuesday, August 20, 2013



Kaabah Akan Runtuh?





Banyak riwayat yang menguatkan tentang akan runtuhnya Kaabah di akhir zaman.


1. Diriwayatkan dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
"Kaabah akan diruntuhkan oleh seorang yang berkaki bengkok berbangsa Habasyah."

2. Diriwayatkan dari Ali bin Abi Thalib radhiallahu ‘anhu, bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
"Perbanyaklah melakukan thawaf di Baitullah semampu kalian sebelum kalian dihalangi untuk melakukannya, seolah-olah aku melihatnya sedang melakukan hal tersebut. Tanda-tandanya: berkepala dan bertelinga kecil, dia menghancurkan Kaabah dengan beliungnya."

3. Diriwayatkan dari Ibnu Abbas radhiallahu ‘anhu bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
"Tandanya orang tersebut berkulit hitam, kakinya bengkok (seperti letter O), dia meruntuhkan batu dinding Kaabah satu per satu."

4. Diriwayatkan dari Sa’id bin Sam’an radhiallahu ‘anhu, bahwa dia mendengar Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu bercerita kepada Abu Qatadah radhiallahu ‘anhu, bahwa sesungguhnya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
"Seorang laki-laki (Imam Mahdi) akan dibai’at di antara sudut (tempat Hajar Aswad) dan Maqam Ibrahim, dan Kaabah tidak akan dirosakkan kehormatannya melainkan oleh orang Arab sendiri, dan bila mereka telah merosakkan kehormatan Kaabah, maka itulah saatnya kehancuran bangsa Arab, kemudian datang orang-orang Habasyah meruntuhkan Kaabah yang setelah itu tak pernah dibangun kembali selama-lamanya, dan merekalah yang menggali harta yang terpendam di dalamnya."


Selain Abrahah, siapa lagi cuba runtuhkan Kaabah?



Soalan:

Kaabah pernah hendak diruntuhkan oleh tentera bergajah pada tahun kelahiran Nabi Muhammad saw, tetapi tidak dibenarkan oleh Allah SWT. Allah mempertahankan Kaabah dan membinasakan penyerang dengan burung Ababil. Tetapi saya terbaca beberapa pandangan penulis yang agak kontroversial, mendakwa Kaabah pernah diroboh dan diruntuhkan, tetapi tidak diapa-apakan oleh Allah. Benarkah begitu? Apakah yang menyebabkan berlakunya sedemikian. Terima kasih.

Jawapan:

MEMANG benar Kaabah pernah hendak diruntuhkan oleh Abrahah al-Ashram, tahun tersebut terkenal dengan Tahun Gajah (`Ammul Fil).

Rasulullah saw pernah bersabda dalam hadis sahih (mafhumnya): “Aku dilahirkan di Tahun Gajah.”

Al-Imam al Mawardi pernah menyebut demikian dalam kitab tafsirnya bahawa Allah menghalang Abrahah daripada meruntuhkan rumah-Nya, dengan menghantar burung ababil yang membawa batu-batu kerikil, menggunakan kaki dan paruhnya, lalu melontar ke atas Tentera Bergajah dan musnah semuanya.

Kejadian ini dirakamkan dalam firman Allah (mafhumnya): “Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera (yang dipimpin oleh pembawa) gajah, (yang hendak meruntuhkan Kaabah)?
“Bukankah Tuhanmu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan yang rugi dan memusnahkan mereka?
“Dan Dia telah menghantarkan kepada mereka (rombongan) burung berpasuk-pasukan, yang melontar mereka dengan batu-batu daripada sejenis tanah yang dibakar keras.”
“Lalu Dia menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat.” (al-Fiil: 1-5)

Kisah Kaabah diruntuhkan memang berlaku seperti yang dirakam oleh sejarawan Islam. Akan tetapi meruntuhkan Kaabah dalam konteks ini, bukan meruntuhkannnya seperti yang hendak dilakukan Abrahah.

Abrahah hendak menghapuskan langsung Kaabah, dengan niat jahat untuk menghasut manusia supaya jangan lagi ke Makkah untuk beribadat. Sebaliknya Abrahah mahu umat zaman itu supaya ke Yaman, untuk beribadat di sana, kerana beliau hendak membina sebuah gereja yang besar di sana.

Meruntuhkan Kaabah dalam konteks perbicaraan ini bermaksud, berlaku apabila penduduk Syam amat marah terhadap Abdullah bin az-Zubair, yang memerintah Makkah ketika itu. Mereka (orang-orang Syam) memerangi Abdullah bin az-Zubair dengan penyokong-penyokongnya di Makkah.

Dalam peperangan itu Kaabah menerima kesan buruk, ia dibakar dan dindingnya pecah.

Selesai peperangan Abdullah bin az-Zubair meruntuhkan kesemua Kaabah kerana terlalu uzur dan membinanya semula.

Daud bin Shabur meriwayatkan dari Mujahid katanya: “Apabila Abdullah bin az-Zubair berazam untuk meruntuhkan Kaabah dan membinanya semula, beliau memerintahkan orang-orangnya untuk meruntuhkan Kaabah, mereka tidak mentaati perintahnya kerana takut Allah akan menurunkan azab-Nya seperti dahulu.”

“Mujahid berkata, “Kami keluar beramai-ramai ke Mina sehingga tiga hari, mengkhuatiri azab Allah akan turun kerana Ibnu Zubair hendak meruntuhkan rumah Allah.”

“Pada sat-saat itu Abdullah bin az-Zubair sendiri menaiki Kaabah, berdiri di atas bumbungnya tanpa berlaku sebarang perkara yang tidak diingini. Oleh itu mereka berani bertindak merobohkan Kaabah seperti yang diperintahkan kerana ingin membinanya semula, untuk kebaikan Kaabah itu sendiri.”

Sebenarnya pada zaman ini pun, jika tidak silap saya di tahun 1980-an, Kaabah pernah diruntuh dan dibuang segala dindingnya, dengan tujuan membaik pulih asasnya kerana wujud beberapa masalah kerana usianya sudah lama dan dirawat asasnya (foundation).
Saya masih ingat ketika itu Kaabah tidak lagi kelihatan, yang ada hanya kepungan beberapa keping papan berwarna putih ‘ala Kaabah’. Yang dilihat hanyalah empat segi bentuk berwarna putih.

Pengunjung-pengunjung boleh melakukan tawaf seperti biasa, tetapi Kaabah ketika itu berwarna putih, bukan berwarna hitam. Tujuannya adalah hendak membaik pulih Kaabah.
Setelah selesai pembinaan, dengan dikembalikan batu-batu asal Kaabah ke tempat asalnya, kerana pekerja menanda dengan baik kedudukan asal batu-batu tersebut, maka Kaabah kembali pulih seperti asal, tanpa dipinda saiz atau kedudukannya, seperti yang ada sekarang.

Ertinya sudah berkali-kali Kaabah itu diruntuhkan atau diganti pembinaannya seperti asal. Hal ini berbeza dengan hasrat Abrahah yang hendak meruntuhkan Kaabah dengan tujuan menghapuskannya. Itu yang tidak diizinkan oleh Allah SWT. Wallahua`lam.

 ~Sumber: Blog2 Islamik ~

You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook

Cbox

Subscribe