TIDUR SATU IBADAH
Thursday, January 09, 2014Assalamualaikum...pagi ni jomm kita bercerita bab tidurr..mlm tadi okey tak tidur korang? klau tak okey, boleh la korang mula praktikkan cara tidur ni...
Ini adalah contoh kejadian sewaktu tidur....Remaja-maut-jatuh-flat-gara-gara-penyakit-berjalan-ketika-tidur
SEORANG remaja, Troy Heather, 18, mempunyai masalah yang cukup merisaukan keluarganya.
Dia sering berjalan ketika tidur!
Disebabkan itu, bapa Troy telah memalang tingkap dibiliknya bagi memastikan keselamatan anak mereka itu.
Namun ternyata usaha itu gagal.
Baru-baru ini Troy ditemui mati setelah terjatuh dari flat, gara-gara penyakitnya itu.
Anda lihatlah sendiri video CCTV di bawah yang sempat merakamkan kejadian yang menyayat hati itu.
Berikut adalah rahsia tidur yang dilindungi Allah
In Shaa Allah, bila tidur dalam keadaan suci akan dijauhkan dari bisikan syaitan.1. Berwudhu sebelum tidur
2. Berdoa sebelum tidur
3. Tidak terlalu malam tidurnya
4. Memaafkan semua kesalahan orang yang pernah menyakiti kita
5. Bersyukur atas apa yang Allah SWT berikan hari ini
6. Bertaubat dari semua dosa dan kesalahan
7. Berprasangka baik pada Allah SWT
Dua Waktu Tidur Yang Dilarang Rasulullah
Dua waktu tidur yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk tidak dilakukan.1. Tidur di Pagi Hari Setelah Solat Subuh
Dari Sakhr bin Wadi’ah Al-Ghamidi radliyallaahu ‘anhu bahawasanya Nabi shallallaahu ‘alaihi wasallam bersabda :
”Ya Allah, berkahilah bagi ummatku pada pagi harinya” (HR. Abu dawud 3/517, Ibnu Majah 2/752, Ath-Thayalisi halaman 175, dan Ibnu Hibban 7/122 dengan sanad shahih).
Ibnul-Qayyim telah berkata tentang keutamaan awal hari dan makruhnya mensia-siakan waktu dengan tidur, di mana beliau berkata :
“Termasuk hal yang makruh bagi mereka – iaitu orang soleh – adalah tidur antara solat subuh dengan terbitnya matahari, kerana waktu itu adalah waktu yang sangat berharga sekali. Terdapat kebiasaan yang menarik dan agung sekali mengenai pemanfaatan waktu tersebut dari orang-orang soleh, sampai-sampai walaupun mereka berjalan sepanjang malam mereka tidak toleransi untuk istirehat pada waktu tersebut hingga matahari terbit. Kerana ia adalah awal hari dan sekaligus sebagai kuncinya. Ia merupakan waktu turunnya rezeki, adanya pembahagian, turunnya keberkatan, dan darinya hari itu bergilir dan mengembalikan segala kejadian hari itu atas kejadian saat yang mahal tersebut. Maka tidurnya pada saat seperti itu seperti tidurnya orang yang terpaksa” (Madaarijus-Saalikiin 1/459).
2. Tidur Sebelum Solat Isyak
Diriwayatkan dari Abu Barzah radlyallaahu ‘anhu : ”Bahawasannya Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam membenci tidur sebelum solat isyak” (HR. Bukhari 568 dan Muslim 647).
Hadis-hadis Nabi menerangkan makruhnya tidur sebelum solat isyak. Oleh sebab itu At-Tirmidzi (1/314) mengatakan : “Majoriti ahli ilmu menyatakan makruh hukumnya tidur sebelum solat isyak dan mengobrol setelahnya. Dan sebahagian ulamak lainnya memberi keringanan dalam masalah ini. Abdullah bin Mubarak mengatakan : “Kebanyakan hadis-hadis Nabi melarangnya, sebahagian ulama membolehkan tidur sebelum solat isyak khusus di bulan Ramadhan saja.”
Al-Hafidh Ibnu Hajar berkata dalam Fathul-Baari (2/49) : “Di antara para ulama melihat adanya keringanan (iaitu) mengecualikan bila ada orang yang akan membangunkannya untuk solat, atau diketahui dari kebiasaannya bahawa tidurnya tidak sampai melewatkan waktu solat. Pendapat ini juga tepat, kerana kita katakan bahawa alasan larangan tersebut adalah kekuatiran terlewatnya waktu solat.”
9 MIMPI RASULULLAH S.A.W
"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"
1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatangi oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat menggerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.
2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.
3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.
4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab, tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.
5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga dihalang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.
6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk di sebelahku.
7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan bingung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.
8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.
9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.
BERSABDA RASULULLAH SAW: "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU
YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"
0 comments