KENAPA AKU SUKA BACA NOVEL??
Wednesday, January 29, 2014Assalamualaikum...salam petang Rabu.
Tajuk entri kali ni berkaitan dengan minat Ana baca novel. Korang minat tak baca novel?? Terfikir nak cerita berkenaan ni pun sebab satu entri Ana yang lepas. Kat situ ada sorang kakak blogger ni tanya berapa hari boleh habiskan satu2 novel tu...
Bagi Ana laa kan, mula2 dulu cuma ikut2 kawan baca novel ni. Oleh kerana dah kerap sangat kita orang tukar2 novel, jadi..minat tu datang secara tak langsung. Dulu2 masa sekolah, korang tahu laa pusat sumber sekolah macamana kan. Kalau ada pun novel, pengawas pusat sumber yang pinjam dulu. Waktu sekolah dulu, memang jarang2 sgt pergi pusat sumber, boleh bilang ngan jari...
Masa di tingkatan empat dulu, Ana stay kat asrama. Kena lak jadi pengawas pusat sumber, ada gak pinjam kat situ. Hahah...boleh lak jadi pengawas walhal pusat sumber laa tempat pilihan paling last Ana. Masa tu buku citer kat situ dah up sket, maklum laa untuk budak2 tingkatan empat dan lima. Tak cukup ngan tu, pengetua Ana dulu baik, setiap hari Sabtu siap bawa novel penuh satu boot kereta. Dia kata baca novel ni untuk hilangkan stress, maklum laa asyik study untuk exam, jadi novel laa penawarnya. Setiap dua minggu sekali dia bawa novel baru, kita orang tukar2 laa baca, siap boleh bawa balik kampung kalau cuti sekolah.
Kalau dah start membaca novel ni, bleh lupa makan minum. Hendak plak novel tu citer sedih2 gitu, memang tacink giler laa. Boleh terbius kalau bab cintan cintun tu...hahah. Siap baca dalam bilik, pastu diam2 tanpa gangguan. Tapi bila tiba part2 yang tacink tu, kena2 pulak mak panggil, aduhh!! kena laa to be continue....Biasanya mak cakap "kakak, tolong mama masak, mama nak kuar jap...."
Okey..dah tersasar citer ni, kihkih. Berbalik pada novel tadi, kalau baca novel karangan novelis seperti Siti Rosmizah tu, Ana boleh habiskan dalam 5 hari kot. Terakhir baca novel dia tajuk "Takdir itu milik aku". Buku tu tebal, sampai seribu lebih muka surat...ambil masa sket. Korang mesti tahu Novel Ramlee Awang Murshid kan...kalau yang ni lagi cepat khatam, dua hari pun boleh sebab citer dia menarik dan misteri gitu.
Ini sebahagian stok buku2 novel yang ada dalam simpanan. Yang lain2 tak sempat nak letak gambar dia sebab duk bawah katil. Kalau nak tunjuk semua memang banyak sebenarnya...
Sebenarnya Ana tak letak sasaran penulis mana yang nak dibeli novel dia. Tengok cover, tajuk, pastu baca sinopsis dia dan terus beli. Ada gak beli berdasarkan info dari kawan2 novel mana yang best. Tapi korang perasan tak sekarang ni banyak betul novel yang berunsur cinta kat pasaran. Pastu macam sama jer jalan cerita dia. Macam bosan lak nak baca...boleh katakan semuanya happy ending. Jarang laa yang sad ending.
Kalau rajin Ana keluar pergi POPULAR ke MPH ke, mesti beli 2 atau 3 novel...hahah. Nasib jarang kuar, kalau tak lari budget. Okey nak stop sampai sini...jap lagi nak sambung baca novel. Ada 5 novel lagi yang belum sempat ditelaah...hehe, next time kita story2 lagi....
2 comments
Wah..bgus la...hehehe... Abak tak minat mmbaca,...haha
ReplyDeletebila baca novel kan, hati jadi berbunga2...haha
ReplyDelete