MERAIH BINTANG (32)

Thursday, January 23, 2014


Assalamualaikum...salam pagi Khamis.
Alhamdulillah, bertemu lagi kita di kesempatan ini, syukur kepada Allah SWT kerana masih dipinjamkan hayat ini.
Hahaha..korang mesti tertanya2 kan mana bintangnya?? Mesti korang fikir camtu kan?
Mana ada...cuma Ana nak kongsikan puisi2 ni jer. Puisi ni Ana terjumpa masa Ana godek2
Ana punya laptop. Dah memang minat, nak buat macamane kan. Jom kita bacakan puisi di bawah ni...
pastu ada laa kot bintang, tapi yang ni duduk kat bawah...hehe baca sampai habis yer.




Puisi Rahsia Terindah
Puisi Islami


Di antara sujud pasrah bebatuan.
Terasa gemericik air melantunkan rintik-rintik hujan yang terukir dari air mata.
Berbaris lurus doa mata hingga mengalirkan air yang menggenangi sajadah panjang.


Di antara kafan dan nisan tersirat rahsia indah.
Mengukir rahang hidup.
Mengukir tangkai langah.


Ya, kematian adalah rahsia terindah.
Di sana akan terlihat serta terungkap makna hidup di bawah saksi rembulan dan mentari.



Jom dengar lagu sambil baca puisi


SEDERHANA


Angin berhembus dengan lembut
Membungkus hati dalam kabut
Hembusan angin yang sederhana
Ya…..sederhana


Sesederhana Allah mengirimkan dia untukku
Menjadikannya sebuah pelita dalam gelap
Saat ku tersesat dalam lorong-lorong dosa


Sesederhana Allah menganugerahkan sebuah cinta
Di hati hamba-Nya yang telah bersama…………
Cinta yang sederhana
Kasih sayang yang hadir tanpa terucap


Dan sesederhana itu pula
Allah memintanya kembali
Merubah mimpi yang pernah terangan
Memupus cita yang baru saja tumbuh


Takku fahami rencana-Mu untukku


Mentari itu masih terus ada
Dalam kesederhanaannya
Namun mengapa?
Mengapa melepas pelitaku
Tak sesederhana angin itu berhembus?
Tak sesederhana saat dia datang?
Tak sesederhana saat Kau anugerahkan cinta?


Seperempat rindu aku terus berdoa
Berharap Engkau menghadirkan dia kembali untukku…………..
Hingga ku dengar suara lain di relung hatiku


Cinta tak hanya untuk memberi dan menerima
Namun cinta juga untuk belajar memahami………
dan merelakan…….IN SHAA ALLAH



You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook

Cbox

Subscribe