Contest Maulidur Rasul

Wednesday, January 15, 2014

Assalamualaikum...Salam Maulidur Rasul....

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang
Puji-pujian bagi Allah SWT, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad SAW serta para sahabatnya. Marilah kita sama2 mengamalkan & menghidupkan sunnah-sunnah Rasulullah SAW. Orang yang dalam hidupnya mengamalkan sunnah-sunnah Rasulullah SAW sejak ia bangun tidur sampai tidur kembali, maka orang tersebut akan mendapatkan 4 keuntungan di dunia dan 4 keuntungan di akhirat.

4 Keuntungan di Dunia : 

1. Dia disayangi orang di dunia. 
2. Dia ditakuti musuh / syaitan. 
3. Hidup akan diberkati. 
4. Agama tidak akan tercemar.

4 Keuntungan di Akhirat : 

1. Di kubur kita mengenal wajah Rasulullah SAW. 
2. Rasulullah SAW memberi syafaat pada orang yang selalu hidupkan sunnah. 
3. Rasulullah SAW mengenal kita di padang mahsyar. 
4. Berjiran dengan Rasulullah SAW.

Klik banner untuk join

- Bilakah tarikh kelahiran Nabi Muhammad?

Pendapat yang menyatakan bahawa Nabi SAW dilahirkan pada 12hb. Rabiul Awwal itu walaupun masyhur tetapi ia berasaskan riwayat yang lemah kerana ia berpunca daripada Ibnu Ishaq seperti mana yang diriwayatkan oleh Ibnu Hisyam di dalam kitab sirahnya. Menurut ulama-ulama rijal hadis, Ibnu Ishaq selain dianggap sebagai seorang syiah, dia juga seorang yang lemah dalam riwayat-riwayatnya. Imam Nasa'i mengatakan bahawa dia tidak kuat. Daraqutni mengatakan hadisnya tidak boleh menjadi hujjah. Imam Abu Daud ada berkata, "Dia adalah seorang yang berfahaman Qadariah dan Mu'tazilah."

Pendapat yang sahih dan kuat bagi tarikh kelahiran Baginda ialah pada hari Isnin, 9hb. Rabiul Awwal Tahun Gajah. Di antara ulama yang berpendapat sedemikian ialah Humaidi, Uqail, Yunus bin Yazid, Ibnu Abdillah, Ibnu Hazam, Muhammad bin Musa Al-Khuwarazmi, Abul Khattab Ibnu Dihyah, Ibnu Taimiyyah, Ibnu Qayyim, Ibnu Kathir, Ibnu Hajar dan Badruddin 'Aini. (Al Bidayah wa An Nihayah, jld. 2, hal. 260-261). Rujuk DI SINI.

Wallahua'lam....


- Berikan dua nama ibu susuan Nabi Muhammad.

1. Thuwaibatul Aslamiah (Hamba Abu Lahab).
2. Halimah binti Abu Zuaib As Sa'diah.

Slogan

"Kami merinduimu Ya Rasulullah...."

Allahumma solli ala Muhammad.

You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook

Cbox

Subscribe