KATA-KATA HIKMAH (5)

Saturday, January 25, 2014


Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih, alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.



Usah sangka apa yang belum kita miliki menjanjikan kebahagiaan untuk kita. Ada kalanya setelah ia kita miliki itulah punca masalah kita. Jangan sangka semua yang cerah kekal cerah sampai bila-bila, ada kalanya menjadi hitam dan menyusahkan.


Cinta boleh membuatkan kita ceria, berbunga, mulia bahkan boleh mengajakmu ke syurga. Tapi tidak sedikit yang boleh membuatmu merana, kecewa, terlena dan hati menjadi buta. Ada waktunya, sepi menjadi lebih indah kerana di saat itu kita ada ruang untuk mengingati, merindui.


GULA: MANISNYA MEMBUNUH
Hidup ini tak dicipta untuk menjadi manis macam gula-gula. Namun , berapa lamakah ia mampu bertahan??


Memiliki banyak harta bukanlah satu-satunya cara untuk mendapatkan kebahagiaan dalam hidup, tetapi hiduplah dengan berjuta-juta kebahagiaan meskipun hanya dengan sedikit harta.


Cinta baru sempurna jika terasa menyayat, seperti segumpal tanah liat yang akan menjadi cantik setelah dibentuk menjadi tembikar. Cinta menjadi abadi jika tak terjangkau. Ibarat bumi selalu mengintai matahari. Kerana tak mampu meraihnya, selamanya menjadi bayangan yang tak terengkuh. Ditinggalkan jauh lebih menyakitkan daripada diputuskan. Namun lebih menyakitkan lagi ketika kita tidak mengerti bahawa kadangkala Allah izinkan kita kehilangan seseorang untuk kebaikan kita sendiri. Kehilangan akan membuat kita merasa rapuh tapi disisi lain kehilangan dapat membuat kita tabah.


Kamu tidak perlu merendahkan martabat diri demi untuk meraih cinta seorang lelaki. Ketahuilah, manisnya dan cantiknya seorang perempuan itu terletak pada taqwanya, hatinya yang sentiasa tunduk malu pada perkara-perkara yang tidak patut.


Kadangkala, kita terlalu mencari kesempurnaan, terlalu mengejar 'emas' sehingga sanggup mengabaikan 'perak' yang bergolek di hadapan mata, hingga akhirnya, cuma besi berkarat yang mampu kita miliki.


Sesuatu yang hilang belum tentu meninggalkan kekosongan, kerana jejak-jejak yang ditinggalkannya tak pernah benar-benar hilang.
Kata orang bijak, manusia tak memiliki apa-apa kecuali pengalaman hidup. Kita sedar kita tak pernah memiliki apa-apa pun, kenapa harus tenggelam dalam kepedihan yang berlebihan ketika kita kehilangan.


Gantunglah harapan, biarlah setinggi mana sekalipun hanya kepada Allah, jangan letak harapan kita 100% kepada makhluk bergelar manusia kerana sepertimana kita, mereka juga punyai akal, nafsu, emosi juga belenggu masing-masing. Orang cakap, dengar aja, tapi jangan terima seratus peratus. Mana yang baik boleh dijadikan pengajaran, mana yang buruk, buanglah jauh-jauh.


Mudahnya kita ucapkan, mudahnya kita lafazkan, mudahnya kita menulis, cinta kerana Allah, tapi hakikatnya, adakah kita benar-benar mengerti, benar-benar memahami takrif cinta kerana Allah? Uhibbukafillah.. Bagaimana kita mahu mengenal pasti cinta kerana Allah? Hati orang bukannya boleh dibaca. Ada juga yang lebih mengenali orang lain daripada diri sendiri. Lalu tertanya sendirian, keliru dengan kehendak hati, lalu berteka-teki sendirian.


Tiga perkara yang sesiapa melakukannya akan mendapat kemanisan iman:
Menjadikan ALLAH dan Rasul-NYA s.a.w sebagai cinta yang paling utama, menyintai seseorang semata-mata kerana ALLAH dan benci untuk kembali kepada kekufuran seperti dia benci dicampakkan ke dalam neraka.


Kata orang, bila kita merindui seseorang…lihatlah ke langit. Mungkin orang yang kita rindui itu juga melihat langit yang sama. Kemudian, bisikkanlah kepada langit…betapa anda sangat merinduinya. Pasti dia akan mendapat mesej anda jika anda berdua mempunyai ikatan hati yang kuat.


Subhanallah, alangkah indahnya ciptaan Tuhan. Langit itu indah, umpama hamparan permaidani mahal yang dihiasi dengan bintang-bintang yang berkelipan. Sesekali, kelihatan bulan purnama penuh yang menggantikan tugas sang mentari…menambahkan keindahan malam.


Cinta, kalau bahasanya hati itulah cinta hakiki.. Kasih, jika dasarnya Rabbi itulah kasih sejati.. cinta ini pasti diuji kerana itu sudah tradisi janji.. Cintailah pemberi nikmat dan jangan hanya engkau cintai nikmat yang diberikan.


Hidup Bagaikan Sebuah Bahtera , Mengharungi Lautan Luas , Bertemankan Badai di sisi…..
Hidup ini penuh dengan ranjau dan duri..Macam-macam yang perlu ditempuh..
Bersedia atau tidak, kita tetap perlu hadapi jua.


Tercari-cari Cinta Sejati, Rupanya Ia Milik Allah..
Jika Kecundang Cinta Manusia, Pasti Ada Ganti.
Akan Tetapi, Di Kala..
Kasih Allah Makin Menghilang, Tiada Tuhan SelainNya.


Tak KACAK tak apa ••Sebab lelaki memimpin bukan dengan kekacakan..
Tak CANTIK pun tak apa •• Sebab perempuan mengasihi dengan kelembutan bukan dengan kecantikan..


Bila Allah datangkan ujian..*~*Itu bukan satu bebanan..*~*Kita mesti boleh bertahan..*~*
Ada hikmah kebijaksanaan..*~*Ada kesempitan dalam kelapangan..*~*
Ada kemudahan dalam kesulitan..*~*Bila Allah datangkan ujian..*~*Tanpa kecewa putus harapan..*~*
Setiap kesabaran ada ganjaran..*~*Setiap pengorbanan ada bayaran..*~*


Jika ada rindu tidak semestinya cinta..Tapi jika ada cinta, hati ini sentiasa merindu..
Jiwa kita merasakan amat ketara kekosongan bila kita keseorangan dan kesunyian..
Kita merasakan seolah tiada akan sesuatu yang kita dapat pautkan di dalam mencari ketenangan.. 
Kita sunyi.. Kita keseorangan.. Kita kesepian.


Akan tiba saatnya di mana aku harus berhenti mencintai seseorang bukan kerana aku putus asa mencintainya, melainkan kerana aku menyedari bahawa orang yang aku cintai akan lebih bahagia apabila aku melepaskannya


Sekiranya kita melihat sesuatu yang buruk pada orang lain, ia adalah CERMINAN untuk diri kita..


Kerana hanya orang yang HATINYA TIDAK BERSIH, selalu melihat KEBURUKAN PADA ORANG LAIN


Tidak ada keberanian yang sempurna tanpa kesabaran. Sebab kesabaran adalah nafas yang menentukan lama atau tidak sesebuah keberanian bertahan dalam diri seseorang itu.


Hanya kerana selalu tersenyum, bukan berarti bahagia, terkadang seseorang tersenyum hanya untuk sembunyikan luka.


Keagungan peribadi anda terletak pada kesedian anda untuk memberi bila beruntung, untuk memimpin bila berilmu dan untuk membela bila kuat.


Keagungan peribadi anda terletak pada kesedian anda untuk memberi bila beruntung, untuk memimpin bila berilmu dan untuk membela bila kuat.




Sumber: Bahan Bacaan.


You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook

Cbox

Subscribe