FITNAH WANITA

Monday, January 20, 2014

Para lelaki dan wanita Islam telah diperintahkan oleh Allah di dalam kitab suci, Al-Qur’an, surat Al-A’raf ayat 26:

Artinya: Hai, anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebagian dari tanda-tanda Kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat. (QS Al A’raf : 26)

Hadis :

Dari Usamah bin Zaid r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda “Tidak ada suatu fitnah (bencana) yang lebih besar bahayanya dan lebih bermaharajalela-selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain daripada fitnah yang berpunca daripada kaum wanita”

Antara daya penarik dunia ialah wanita kerana lazimnya mereka mendorong lelaki dengan tutur kata yang manis, gerak geri yang menggoda dan pakaian yang memberahikan. Semua ini mencabar keimanan kaum lelaki sehingga mereka menjadi lalai terhadap tugas dan kewajipan mereka.

Apa pun, hendaklah kita kembali kepada Al-Quran dan Sunnah. Ada pengajaran yang lengkap di situ.
Sabda Nabi Muhammad SAW:

“Tidak aku tinggalkan fitnah yang lebih dahsyat ke atas kamu selepas pemergianku melainkan
FITNAH wanita”


Macam tadi Ana keluar rumah sebab ada urusan…kena belek2 baju
dua tiga kali…sesuai ker?? Aihhh..bukan nak melawa tapi nak tengok samada baju ni tutup aurat ke tak?
Kain macam mana pulak…singkat ke tak? Semuanya kena ambil kira.
Macam kita jalan dekat tepi2 jalan..angkat kain sikit sebab ada lopak air,
terus pemandu kereta tertoleh2…susah betul kan…


Ini sebagai contoh..apa yang kita nampak, apa yang perempuan buat, semua jadi buah mulut.
Bukanlah bermaksud Ana ni tak pernah buat salah..jangan salah faham, sekadar berkongsi peringatan untuk diri sendiri gak..


Sebenarnya Islam telah memuliakan kaum wanita, iaitu kita semua.. tapi hanya kita, kita sendirilah yang enggan memuliakan diri kita sendiri!
Susah sebenarnya untuk menjauhi fitnah ni.. tapi kita perlulah berusaha.

Berpakaian – Ini yang paling lazim sekali diperbahaskan. Ana rasa ramai orang tahu tentang ni. Kalau tanya macam2 jawapan yang bagus2 akan diberi. Tetapi sejauh mana nak dipraktikkan tu yang penting.
Sebagai contoh..kita rela ke makanan yang nak dimakan, dibiarkan terdedah. Tentu tak nak kan. Jadi itulah antara sebab tuntutan menutup aurat tu penting.


Sebagai contoh, diri Ana sendiri. Sejak sekolah rendah Ana bersekolah agama sampai tingkatan 3, jadi masalah pakaian tak laa risau sangat sebab sering diingatkan oleh ustaz & ustazah di sekolah. Kat rumah emak ayah ada untuk mengingatkan. Tapi yang jadi masalah apabila mula keluar dari rumah selepas habis SPM. Menyambung pelajaran selepas itu. Duduk dengan kawan2 ni, faham2 saja lah...Ada yang ok, ada yang tak. Jadi pandai2 lah menjaga diri dan menjaga adab berpakaian kerana emak ayah berada jauh dari kita. Kadang2 hampir terpengaruh juga dengan desakan kawan2 untuk mencuba fesyen terbaru. Tapi Alhamdulillah..masih boleh lagi memilih fesyen2 yang sesuai sebagai muslimah.


Sebagai mengelakkan perkara begini berlaku jadi disarankan banyakkanlah duduk di rumah.
Bila memang tidak ada keperluan, lebih baik kita duduk sahaja di rumah. Bukankah Rasulullah SAW bersabda.. tempat terbaik bagi wanita adalah di rumah. Syaitan-sayaitan yang berada di sekelilingmu, yang ada diseluruh tubuhmu, sangat memungkinkan untuk merayu para mata untuk memandangmu.

Kalau ada keperluan, barulah keluar rumah, contohnya tuntutan bekerja mencari nafkah ataupun keluar beli barang keperluan. Yang lain2 tu rasanya tak perlu..andai cuma sekadar nak berjalan2.

Mungkin kita memang sudah menutup setiap inci aurat yang ada di tubuh kita, tapi kita tidak mungkin dapat menutup mata mereka untuk tidak memandang. Biarlah urusan mereka yang memandang adalah urusan mereka dengan Allah, yang penting kita sudah mampu menutup aurat sewajarnya.


Bernikah – Mencari pelindung bagi diri kita. Itu lebih baik jika kita rasa tak dapat mengawal diri ke arah yang lebih baik.Yang ni Ana tak nak ulas panjang2 sebab yang ni bergantung pada jodoh ketentuan Allah SWT.

Setelah selesai menulis ni, barulah Ana rasa lega. Terasa diri banyak sangat melakukan dosa, dari segi pakaian, pergaulan dan macam2 lagi. Semoga kita dapat mengubah diri kita menjadi lebih baik dari sehari ke sehari.

Ketahuilah wahai wanita, kita adalah golongan yang sentiasa menjadi perhatian mangsa fitnah.
Apa pun yang terjadi, buatlah apa yang Allah suruh & jauhilah perkara yang Allah larang. 
Sesungguhnya Allah sahaja yang berhak menilai kita dan bukannya orang lain yang turut mempunyai khilafnya tersendiri.

Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita yang solehah.

Wallahua’lam... Semoga bermanfaat.

You Might Also Like

2 comments

  1. Subhanallah wallahuakbar.. t kasih diatas perkongsian peringatan ini.. semoga menjadi renungan & peringatan buat kita semua.. aamiin..

    ReplyDelete
  2. salam ukhuwah..terima kasih sebab sudi lawat blog Ana yg x seberapa ni..

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Cbox

Subscribe