HIKMAH DI SEBALIK UJIAN (3)

Thursday, January 16, 2014


"Saya tahu awak sibuk..tapi sesibuk mana pun awak, takkan takde masa langsung untuk saya..dulu boleh jer. The point is, saya rasa awak saja nak jauhkan diri dari saya. Tapi apa salah saya?" Itulah sebahagian luahan perasaan sahabat kepada saya malam tadi...yer la..saya tidak berada pada situasi dia ketika itu. Benarlah kata pepatah.. "berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul."

Apa yang boleh saya perkatakan dan nasihat kepadanya adalah bersabar saja dengan setiap dugaan yang mendatang. Pasti ada hikmahnya yang Allah hendak tunjukkan. Tapi mujur juga dia tidak tahu perasaan awak kepada dia kan...Itu lebih baik..andai kata dia tahu, itu pastinya lebih parah.

Kesimpulannya...jangan kita terlalu berharap pada sesuatu yang tidak pasti.

Hikmah Di Sebalik Ujian Allah

Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah, ujian atau masalah hidup di dunia yang sementara ini. Jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah, itu adalah tidak benar sama sekali. Allah menguji kita dengan berbagai-bagai ujian kerana Allah SWT mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita, yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang umpama kapal di lautan. Ujian yang penuh dengan onak duri, ujian yang dapat mematangkan kita.

Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah SWT kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita. Pada siapa kita harus meminta kembali kekuatan kita. Betapa lemahnya dan rendahnya iman kita. Tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita. Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya. Ada sahabat-sahabat kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan jauh lebih teruk atau lebih besar dari kita.

Bukankah, Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya di luar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.
Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.



Jangan dipersoalkan dan ditanya kenapa semua ini harus terjadi? Tetapi lihat, renungi dan hayatilah semua hikmah di sebalik ujian yang diberikan oleh Ilahi.

Sesungguhnya tidaklah Allah menciptakan sesuatu takdiran sia-sia melainkan semuanya tersimpan rahmat yang tersembunyi  di sebalik cahaya.

Sesungguhya masalah yang kita hadapi kini, sebenarnya adalah satu cubitan kasih daripada Allah untuk menginsafkan kita agar kembali ke pangkal jalan. In Shaa Allah, DIA tidak akan mengecewakan kita.

Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih, alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.

Wallahua'lam

You Might Also Like

3 comments

  1. Nak memahami kesusahan orang tu susah. Tapi sekurang-kurangnya kita tahu dia rasa susah.

    TAHU dan FAHAM memberi erti yang berbeza.

    Kalau tak ditumpahkan dengan ujian, apa la erti hidup.

    ReplyDelete
  2. Salam Maulidur Rasul .. done follow..

    http://asmarpunyablog.blogspot.com/2014/01/kempen-dan-segmen-blogger-berselawat.html

    ReplyDelete
  3. Salam Maulidur Rasul...
    Alhamdulillah...semuga kita bersyukur dgn apa jua ujian dan musibah yang diberikan Allah pada kita...kerana dari situ kita menjadi lebih matang dan cekal..utk mengharungi liku2 kehidupan kita di masa mendtg..Terima kasih kerana sudi singgah & untuk komen di atas.

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Cbox

Subscribe