LEMPENG VS PANCAKE
Saturday, September 28, 2013
Assalamualaikum....Pagi ni kita kita akan buat satu resepi mudah iaitu lempeng @ pancake....
Jomm kita belajar & buat 2 jenis lempeng ni....
Kalau korang nak tahu, mak aku dulu selalu buat lempeng kosong....iaitu yang dimakan bersama kuah kari atau sambal tumis. Kadang2 tu buat lempeng yang manis untuk minum petang. Lempeng ni sangat mudah disediakan apatah lagi kalau tiba penyakit malas nak ke dapur....yer tak?? Inilah dia cerita asal-usul lempeng...Jeng...jeng...jeng...
Lempeng ni kira paling kacang la. Maksudnya, sesiapa yang tak reti masak kalau tahap masak lempeng tak tahu tu memang parah giler la. Sebelum aku ke sekolah, mesti aku akan makan 1 keping lempeng. Masa tu kecik lagi. Dapat habiskan 1 keping lempeng tu memang kategori makan banyak jugak la sebab time tu aku kurus je.
Lempeng ni, kalau cicah gula best. Tapi lagi best kalau cicah dengan sambal tumis atau kari kambing yang telah dimasak sebelumnya.
Sebelum makan tu tanye...lempeng ker lempang...kahkahkah...
Alkisah....
Asal Usul:
Lempeng Mengfeng merupakan makanan tradisional yang terkenal di Kampung Mengfeng, Kaunti Qingxu Provinsi Shanxi. Lempeng ini berbau wangi dan rasanya sedap, lembut dan manis. Ia merupakan hadiah tradisi yang cukup baik untuk saudara mara dan sahabat handai bagi penduduk di kawasan sekitar bandar Taiyuan dan kaunti Qingxu. Kuih Mengfeng ini dicipta pada tahun ke-10 pemerintahan Maharaja Guangxu (1875-1908) dalam zaman Dinasti Qing dan sejarahnya sudah lebih daripada 100 tahun. Pada masa itu, di Kampung Nanliwang ada seorang kaya yang nama keluarganya Feng. Beliau menggaji seorang tukang masak, untuk memasak bagi keluarganya. Nama tukang masak itu Zhao Jinshan. Keluarga Feng meminta Zhao memasak makanan yang berlainan jenisnya setiap hari. Walaupun masakan yang disediakan oleh Zhao amat hebat, namun lama-kelamaan dia tidak dapat memenuhi permintaan tuannya lagi. Pada suatu hari, dia telah memasakkan tepung, minyak dan gula untuk membuat pastri. Kemudian, bahan itu dicampurkannya pula dengan tepung dan air dan menjadikannya doh. Tanpa disedarinya adunan itu terlalu cair dan tidak boleh dibuat lempeng. Dia pun menyenduk adunan tersebut dan menuangkannya di atas sebuah kuali besi yang leper. Perlahan-lahan adunan itu membentuk sejenis lempeng baru. Apabila makan, Feng merasa lempeng ini amat sedap dan bertanya kepada Zhao apa kuih tersebut. Tukang masak yang berasal dari Kampung Mengfeng itu menjawab secara bersahaja bahawa itu ialah lempeng Mengfeng. Tidak berapa lama kemudian, Zhao balik ke kampung halamannya dan membuka sebuah kedai lempengnya sendiri. Menurut ceritanya, lempeng Mengfeng ini mendapat namanya berasaskan dari cerita ini.
Aku rasa macam tak kena jer asal usul lempeng ni... Korang lak bagaimana? Setahu aku laaa kan, celik2 mata jerrr, da ada lempeng ni kat kampung aku...berkurun lagi tuu!!! Tapi yang pastinya semua orang akan cakap, lempeng ni berasal dari negeri masing2 kan...jadi tak kisah laa dari mana pun asal-usul dia. Yang penting resepi ni tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas....Wasallam....
0 comments