AYAT-AYAT CINTA
Saturday, September 07, 2013
AYAT-AYAT CINTA
Mencari dan terus mencari cinta ILAHI, jangan pernah lelah dan berputus asa dalam menjalani hidup kerana DIA amat mencintai hamba-hambanya.
*Sungguh benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita
kehilangannya. Tetapi sungguh benar pula bahawa kita tidak tahu apa yang belum
kita miliki sampai kita mendapatkannya. Cinta adalah sesuatu yang indah dan
unik anugerah dari Ilahi. Kita diberi peluang untuk menilainya dan
pergunakanlah peluang yang diberi dengan sebaik-baiknya untuk melahirkan satu
larian cinta yang indah. Seindah waktu ia diciptakan.
*Cinta adalah sesuatu yang indah dan unik anugerah dari Ilahi. Kita
diberi peluang untuk menilainya dan pergunakanlah peluang yang diberi dengan sebaik-baiknya
untuk melahirkan satu larian cinta yang indah. Seindah waktu ia diciptakan.
*Cinta antara dua jiwa telah dikatakan boleh membakarkan semangat
seseorang itu untuk memeliharakan akhlak yang mulia, memperbaiki pergaulan
antara manusia dan menjaga adab dan keperibadiaan. Selain daripada itu, ia juga
dipercayai dapat menghilangkan kekhuatiran dan ketakutan dalam hati,
menjernihkan akal dan menyucikan jiwa kita. Tetapi, cinta juga merupakan ujian,
godaan dan cubaan kepada manusia kerana ia merupakan pertarungan dan
pertimbangan di antara akal dan rasa.
*Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan,mengapa pengorbanan itu bukan
noktah sebuah cinta? Andai kata derita itu harga sebuah cinta,mengapa cinta itu
semakin sukar utk dimiliki? Cinta umpama kota kristal, indah di penglihatan ,
derita di perasaan….
*CINTA, MENYINTAI ATAU DICINTAI itu adalah lumrah sifat kejadian
manusia. Hak untuk bercinta dan menerima bergantung kepada individu itu
sendiri. Pilihan adalah terpulang kepada kita, jika pilihan berlandaskan agama
pasti hasilnya diberkati dan sekiranya berlandaskan nafsu pasti akan terhumban
ke lembah kehinaan.
*SEKIRANYA kamu dicintai oleh seseorang yang tidak kamu cintai, anggaplah ia satu penghormatan buat dirimu tetapi kembalikan penghormatan itu dengan cara yang ikhlas dan jujur.Jangan kamu ambil kesempatan dan janganlah melukakan.
*CINTA merupakan suatu perasaan yang agung. Jika cinta tiada lagi, bererti salah satu nikmat Tuhan telah dicabut dari hati, tandanya salah satu nilai kemanusiaan dalam diri anda mulai terhakis. Ia memerlukan pengorbanan yang besar sambil bermodalkan keikhlasan serta kejujuran yang tinggi.
*Cinta yang murni adalah pemangkin untuk kehidupan yang penuh
kebahagiaan. Sebagaimana ia bermula di hati, cinta seharusnya berkekalan hingga
hujung nyawa.
CINTA yang benar-benar tulus dan ikhlas sepatutnya menjadikan
pemiliknya bertambah matang, beriman dan berperibadi mulia. Jika yang
sebaliknya berlaku, ia menjadi tanda bahawa itu bukan cinta sejati yang anda
cari-cari.
0 comments