Assalamualaikum & salam sejahtera.
CPUV yang ke enam belas telah muncul pada 26 Jun. Tengah mencukupkan sasaran sebelum di cash out. Hahaha... bila entah waktunya.
Apapun tetap bersyukur rezeki yang datang.

Hari ni Ana memilih menu paprik daging untuk menu berbuka. Bahannya dah siap ada dalam peti sejuk, jadi urusan memasak jadi mudah, tak payah keluar beli lagi. Jomm tengok bahan apa yang digunakan.
RESEPI: PAPRIK DAGING
Disediakan oleh: Ana Solehah DI
Bahan-bahannya:
300 gram daging lembu - dipotong dan dicuci bersih
1 batang karot
1 biji capsicum - dipotong dadu
1/4 biji (sederhana besar) bunga kobis - dipotong ikut suka korang asal jangan hancur sudah
12 biji cili padi - diketuk
2 batang serai - diketuk
4 helai daun limau purut disiat dua
1 biji bawang besar - dipotong gelang
3 ulas bawang putih - dicincang halus
2 biji buah tomato - dipotong dadu.
Minyak untuk menumis.
6 camca besar sos cili
4 camca besar sos tiram
2 sudu besar pes tomyam
Sos ikan secukupnya tapi Ana tak bubuh.
Cara Membuatnya:
1. Rebus daging hingga empuk dan kemudian diketepikan. Air rebusan jangan dibuang.
2. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bawang kecil, bawang putih dan serai hingga harum.
3. Masukkan cili padi, daun limau purut dan daging tadi. Masukkan sekali air rebusan daging dan juga bawang besar.
4. Masuk pula karot, bunga kobis, jagung kecil, capsicum dan kacang panjang.
5. Masukkan buah tomato, semua bahan sos dan sos ikan jika suka.
6. Masak sehingga sayur lembut.
7. Siap untuk dihidangkan.

4 batang kacang panjang - dipotong setengah inci panjang
2 paket jagung kecil
2 paket jagung kecil
12 biji cili padi - diketuk
2 batang serai - diketuk
4 helai daun limau purut disiat dua
1 biji bawang besar - dipotong gelang
3 ulas bawang putih - dicincang halus
2 biji bawang kecil - dihiris halus
2 biji buah tomato - dipotong dadu.
Minyak untuk menumis.
6 camca besar sos cili
4 camca besar sos tiram
2 sudu besar pes tomyam
Sos ikan secukupnya tapi Ana tak bubuh.
Cara Membuatnya:
1. Rebus daging hingga empuk dan kemudian diketepikan. Air rebusan jangan dibuang.
2. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bawang kecil, bawang putih dan serai hingga harum.
3. Masukkan cili padi, daun limau purut dan daging tadi. Masukkan sekali air rebusan daging dan juga bawang besar.
4. Masuk pula karot, bunga kobis, jagung kecil, capsicum dan kacang panjang.
5. Masukkan buah tomato, semua bahan sos dan sos ikan jika suka.
6. Masak sehingga sayur lembut.
7. Siap untuk dihidangkan.
Assalamualaikum & salam sejahtera.
Hari ni Ana dan kawan-kawan singgah di Econsave. Kami rasa macam nak makan ayam jer untuk berbuka nanti. Semangat nak makan tu sungguh berkobar- kobar.
Tengok jam awal lagi. Semua yang dijual dalam Econsave ni nampak sedap belaka. Jadi sebelum ada perkara tak baik berlaku... hahaha... baiklah kami beli cepat-cepat dan balik.
Memasak ni pun ikut mood jugak tau.
Hari ni rasa bahagia jer nak masak. Mungkin dah tak tension lagi sebab result sem lepas dah keluar... hehehe...
Bercerita pasal resepi ayam ni, kalau korang nak tahu... sebelum membakar, ayam kena perap dahulu. Lagi lama diperap lagi sedap rasanya kerana bahan perapan tadi akan meresap lebih lagi.
AYAM BAKAR BEREMPAH
Bahan- bahannya:
1 ekor ayam.
3 sudu besar rempah kari daging.
3 sudu besar sos tiram.
3 sudu besar sos cili.
1 sudu besar serbuk lada hitam.
1 labu bawang besar - dikisar halus.
4 ulas bawang putih - dikisar halus.
2 inci halia - dikisar halus.
2 batang serai - dikisar halus.
garam secukup rasa.
Setelah 2 jam diperap dalam peti sejuk, Ana masukkan ayam tadi ke dalam loyang untuk dibakar. Mudah sikit menggunakan loyang sebab mudah untuk alih- alihkan nanti. Jangan lupa sapukan loyang dengan sedikit margerin.
Cara Membuatnya:
Potong ayam kepada empat bahagian.
Basuh dan toskan ayam sehingga kering.
Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan gaul rata.
Simpan dalam peti sejuk untuk proses pemerapan selama 2 jam atau lebih.
Gunakan oven, pemanggang ajaib, kuali non-stik atau apa saja... janji ayam korang masak, sedap sehingga menjilat jari.
Bakar ayam selama sejam bergantung pada alat pemanggang yang digunakan.
Bakar ayam sambil balikkan sekali sekala.
Angkat dan potong sebelum dihidangkan bersama sos pencicah.
Sos Pencicah:
20 biji cili padi.
3 ulas bawang putih.
1/2 keping gula melaka.
1 sudu gula putih.
4 sudu makan sos cili.
1 cawan air.
1 sudu makan tepung jagung.
Cara memasak:
Blender kesemua bahan.
Masak dalam periuk kecil dengan api sederhana.
Bila agak pekat, angkat dan hidang bersama ayam bakar tadi.
Selamat mencuba...
Assalamualaikum & salam sejahtera.
Sekarang ni rasa Ana dah bermula lagi musim durian. Kat kampung dengar kata, durian dah mula luruh. Orang kampung kata baru mula belajar luruh... hehehe...
Oleh kerana kampung Ana dah start musim durian, jadi apa kata Ana share ngan korang resepi serawa durian.
Resepi ni sedap dimakan bersama pulut atau pun roti jala. Tapi kalau nak lagi simple macam famili Ana, kami cuma makan bersama roti Gardenia saja.
Dengar kata kawan Ana ada yang makan bersama biskut krakers. Jadi tak salah nak makan ngan apapun asalkan menepati citarasa masing-masing.
Jom cekidot bahan-bahan yang diperlukan.
Bahan-bahannya:
1 atau 2 biji durian - ambil isinya dan diramaskan dengan secawan air ( tak perlu buang biji).
2 keping gula melaka - dimasak dengan secawan air sehingga hancur.
4 cawan santan dari 1 biji kelapa.
1/2 sudu teh garam.
2 helai daun pandan disimpulkan.
Cara Memasak:
Masuk semua bahan, durian yang diramas, air gula melaka, garam, santan & daun pandan.
Didihkan dan kacau selalu sampai kuah agak pekat. Kemudian angkat.
P/S: Jikalau kurang manis, tambah gula pasir sedikit.

Hari ini masuk lagi CPUV baru, menjadikan kesemuanya 14 CPUV yang berstatus on going.
Alhamdulillah, masih ada nampaknya rezeki dari Nuffnang ni. Kali ini CPUV dari OLDTOWN White Coffee - Ha...

Resepi: Sagu Mata Ikan.
Disediakan oleh: Ana Solehah DI.
Bahan-bahannya:
3 cawan air
1 cawan sagu
3/4 cawan gula pasir
1 sudu teh sirap pekat
3. Setelah itu baru masukkan sagu. Kacau rata sehingga sagu menjadi pekat dan berkilat.
5. Angkat periuk dan tuang sagu ke dalam loyang dan biarkan sekejap.
6. Bila kuih dah sejuk, bolehlah dipotong dan gaulkan bersama dengan kelapa parut tadi.
7. Siap untuk dihidangkan.
Resepi: Sagu Mata Ikan.
Disediakan oleh: Ana Solehah DI.
Bahan-bahannya:
3 cawan air
1 cawan sagu
3/4 cawan gula pasir
1 sudu teh sirap pekat
Simpulan daun pandan
Sedikit kelapa parut dan sedikit garam (digaulkan bersama).
Cara-cara membuatnya:
Sedikit kelapa parut dan sedikit garam (digaulkan bersama).
Cara-cara membuatnya:
1. Basuh sagu dalam tapis dan toskan.
2. Panaskan air dalam periuk. Masukkan sirap pekat, gula dan daun pandan. Kacau sehingga gula hancur.
3. Setelah itu baru masukkan sagu. Kacau rata sehingga sagu menjadi pekat dan berkilat.
5. Angkat periuk dan tuang sagu ke dalam loyang dan biarkan sekejap.
6. Bila kuih dah sejuk, bolehlah dipotong dan gaulkan bersama dengan kelapa parut tadi.
7. Siap untuk dihidangkan.
Assalamualaikum & salam sejahtera.
Agak lama juga tidak dapat menaip sesuatu buat tatapan korang semua. Sebenarnya pada minggu lepas Ana tak berapa sihat, so mood menaip tu agak kurang sedikit. Pada hari ini entri adalah berkenaan menu berbuka puasa.
First time pada tahun ini Ana dapat berpuasa agak lama juga di kampung.
Berbanding tahun lepas, Ana tak dapat berkumpul begini bersama famili.
Pada tahun lepas, dari permulaan puasa hingga akhir, Ana berpuasa bersama rakan-rakan Ana. Tapi pada tahun ini dapat jugalah Ana dan famili berpuasa bersama-sama. Kebetulan adik-adik Ana pun ada sekali.
Jadi agak meriahlah bila dah berkumpul beramai-ramai. Sampaikan blog kesayangan ni agak terabai sikit.
Jadi buat permulaan, kita warm up dulu okey... hehehe...
Ana nak share ngan korang apa menu puasa famili Ana sepanjang lima hari kia berpuasa...

Ikan Siakap Stim Lemon
Kuih Sagu Mata Ikan
Karipap Daging
Ayam Masak Merah
Nasi Ayam
Assalamualaikum & salam sejahtera.
Hari ini melekat satu CPUV baru iaitu dari Resort World Sentosa - Ho...
Alhamdulillah dan terima kasih kepada Nuffnang, pengiklan dan korang yang sudi singgah ke mari.
Hari ini melekat satu CPUV baru iaitu dari Resort World Sentosa - Ho...
Alhamdulillah dan terima kasih kepada Nuffnang, pengiklan dan korang yang sudi singgah ke mari.
Assalamualaikum & salam Sejahtera.
Alhamdulillah, pada 17 Jun masuk 3 CPUV baru dalam blog Ana. Hari ni baru berkesempatan buka akaun Nuffnang dan nampak tiga CPUV ini.
CPUV kali ini adalah dari Perfecto Popcorn - Launch..., Tesco - Lebih Jimat & RHB Lifestyle App.
Terima kasih kepada Nuffnang, pengiklan dan pengunjung blog Ana ni yer...
Alhamdulillah, pada 17 Jun masuk 3 CPUV baru dalam blog Ana. Hari ni baru berkesempatan buka akaun Nuffnang dan nampak tiga CPUV ini.
CPUV kali ini adalah dari Perfecto Popcorn - Launch..., Tesco - Lebih Jimat & RHB Lifestyle App.
Terima kasih kepada Nuffnang, pengiklan dan pengunjung blog Ana ni yer...
Assalamualaikum & salam sejahtera.
Malam ini laut di depanku...
Pastinya ada yang berubah...
Kelak yang tinggal hanya kenangan...
Penyair Sepi,
Ana Solehah DI
Jun 2015.
Malam ini laut di depanku...
Malam ini hatiku beku...
Malam ini dinginnya kaku...
Malam ini kamu pun terpaku...
Nyanyian merdu dalam dirimu
Terdengar jelas dalam hatiku
Dengan awan di langit
Menjadi pemandangan terhebat
Hidup ini seperti air laut
selalu bergelora
sentiasa bergelombang
esoknya masih tiada kepastian
dugaan dan halangan silih berganti
Kupejamkan mataku
Titisan hangat mulai terasa
Engkau penuh inspirasi
Tempat untukku bermimpi
Juga tempat untuk berbagi
Laut ini telah sepi...
Yang tinggal hanya gerimis...
Laut ini telah sepi...
Yang tinggal hanya gerimis...
Pastinya ada yang berubah...
Kelak yang tinggal hanya kenangan...
Penyair Sepi,
Ana Solehah DI
Jun 2015.
Assalamualaikum & salam sejahtera.
CPUV kali ini adalah dari Shell Helix 'Love My Engi...
Terima kasih kepada Nuffnang, pengiklan dan pengunjung yang tak jemu-jemu datang dan berkomen di blog ini.
CPUV kali ini adalah dari Shell Helix 'Love My Engi...
Terima kasih kepada Nuffnang, pengiklan dan pengunjung yang tak jemu-jemu datang dan berkomen di blog ini.
Assalamualaikum & salam sejahtera.
Ketika kamu mencari yang sempurna, kamu akan kehilangan yang terbaik...
Ketika kamu mencari yang sempurna, kamu akan kehilangan yang terbaik...
Assalamualaikum & salam sejahtera.
Sepasang mataku masih merenung lelangit kamar...
Antara lelap dan jaga...
Aku nyaris kebekuan kesejukan di lantai ini...
Betapapun tebal selimutku ini, tidak bisa menghilangkan kedinginanku...
Selamat tinggal sayang... jaga dirimu...
Penyair sepi,

Pada 4 Jun, masuk lagi CPUV baru menjadikan kesemuanya empat belas CPUV yang masih berstatus on going.
Harap-harap bulan Jun ini makin meriah dengan CPUV-CPUV baru di blog Ana ni.
Terima kasih Nuffnang, pengiklan dan korang semua yang sudi singgah di sini.
Assalamualaikum & salam sejahtera.
CPUV pertama pada awal bulan Jun. CPUV ini adalah dari Cool Tea - Product Awaren...
Terima kasih kepada Nuffnang, pengiklan dan pengunjung blog ini.