SERAWA DURIAN - MENU BERBUKA (2)

Wednesday, June 24, 2015

Assalamualaikum & salam sejahtera.


Sekarang ni rasa Ana dah bermula lagi musim durian. Kat kampung dengar kata, durian dah mula luruh. Orang kampung kata baru mula belajar luruh... hehehe...

Oleh kerana kampung Ana dah start musim durian, jadi apa kata Ana share ngan korang resepi serawa durian.

Resepi ni sedap dimakan bersama pulut atau pun roti jala. Tapi kalau nak lagi simple macam famili Ana, kami cuma makan bersama roti Gardenia saja.

Dengar kata kawan Ana ada yang makan bersama biskut krakers. Jadi tak salah nak makan ngan apapun asalkan menepati citarasa masing-masing.
Jom cekidot bahan-bahan yang diperlukan.



Bahan-bahannya:

1 atau 2 biji durian - ambil isinya dan diramaskan dengan secawan air ( tak perlu buang biji).

2 keping gula melaka - dimasak dengan secawan air sehingga hancur.

4 cawan santan dari 1 biji kelapa.

1/2 sudu teh garam.

2 helai daun pandan disimpulkan.


Cara Memasak:

Masuk semua bahan, durian yang diramas, air gula melaka, garam, santan & daun pandan.

Didihkan dan kacau selalu sampai kuah agak pekat. Kemudian angkat.

P/S: Jikalau kurang manis, tambah gula pasir sedikit.


You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook

Cbox

Subscribe